Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:55pm

Umie Aida Peluk Erat Betty Rahmad Selepas Dihimpit Kontroversi, Titip Kata Semangat – “Biarlah Ada Yang Membenci…” 

Pelakon, Datin Paduka Umie Aida menyorot perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video bersama adiknya, selebriti, Betty Rahmad.

Menerusi perkongsian di TikTok, Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali, dilihat memeluk erat adiknya itu dengan penuh kasih sayang, susulan kontroversi melanda Betty sebelum ini.

Meskipun wajahnya kelihatan sayu, namun Betty dilihat sedaya upaya untuk kelihatan tenang dan tetap tersenyum manis.

“Kadang-kadang ujian begini membuka mata kita siapa sahabat yang benar-benar ada. Bukan sekadar di waktu senang, tetapi yang berani di hadapan ketika kita diuji.

“Awak belajar satu level kehidupan. Apa yang penting kita terus perbaiki diri dan berjalan di jalan yang Allah reda.

“Biarlah ada yang membenci kerana Allah juga akan hadirkan hati-hati yang bersih untuk memahami dan mendoakan kita,” katanya.

Sebelum ini, nama Betty menjadi perbualan hangat di media sosial selepas didakwa bersikap kasar dan kurang ajar kepada seorang peniaga Celeb Fest.

Enggan isu tersebut terus menjadi ‘buah mulut’ orang ramai, Betty tampil  memohon maaf dan menjelaskan dia tidak berniat untuk memarahi jurujual terbabit.

Artikel Berkaitan: “Demi Allah! Saya Tidak Pekik” – Betty Rahmad Perjelas Situasi, Label Kenyataan Individu Berbaur Fitnah 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Mon, 29 Dec 2025
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Featured Sun, 15 Aug 2021

11 Sektor Ekonomi Dibenar Beroperasi Esok

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kebenaran operasi untuk 11 aktiviti ekonomi bagi negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN), dalam sektor perdagangan dan pengedaran, berkuat kuasa esok. 11 kegiatan ekonomi sektor perdagangan […]

Hiburan Thu, 6 Dec 2018

「城市巨响音乐节」齐聚20组来自亚洲各地歌手

音乐节阵容鼎盛,音乐风格丰富;来自亚洲各地的20组乐队与音乐人齐聚吉隆坡,展现音乐巨响力量!

Hiburan Wed, 27 Jun 2018

Faye Kusairi Mahu Berjumpa Elly Mazlein?

Faye Kusairi yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Azmi Hatta turut meluahkan rasa syukur kerana kemelut antara suaminya dan bekas isteri iaitu Elly Mazlein akhirnya berakhir

error: Content is protected !!