Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 10, 2026 @ 2:55pm

“Perkara Itu Tak Boleh Dipaksa” – Wan Sharmila Kesal Kenang Sikap Angkuh Bila Disuruh Buat Umrah

Pelakon, Wan Sharmila mengakui pernah bersikap sombong apabila menolak nasihat orang sekeliling yang menggalakkannya menunaikan ibadah umrah suatu ketika dahulu.

Menurut Sharmila, ketika itu dia merasakan ibadah berkenaan tidak boleh dipaksa dan hanya perlu dilakukan apabila hati benar-benar bersedia.

“Saya banyak berjalan, orang pernah cakap dengan saya ‘kau ada duit, tak nak pergi buat Umrah ke’.

“Tapi saya jawab, ‘eh jangan paksalah, benda tak boleh paksa’.

“Sombong, angkuh bongkaknya saya,” katanya ketika berkongsi pengalaman dalam temu bual podcast bersama Hayya Travels & Tour.

Bagaimanapun, pelakon berusia 43 tahun itu berkata, pandangannya berubah apabila akhirnya berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat pertama kali.

Katanya, ketika itu dia berasa sangat malu mengenangkan kata-kata yang pernah diucapkannya sebelum ini.

“Bila pertama kali dapat pergi, saya rasa sangat malu. Tapi Allah jemput saya, seorang yang jawab macam tu.

“Sudah tentu semua orang kadang-kadang cakap secara tak sengaja,” katanya.

Sekadar info, Wan Sharmila kini sudah bergelar mutawwif dan aktif berkongsi pengalaman serta membantu jemaah menunaikan ibadah umrah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!

#LaguXTRA Thu, 23 Feb 2023
Hiburan Wed, 3 Jan 2024
Hiburan Fri, 8 Mar 2019

Sufi Rashid Angkat Kisah Depresi Dalam Lagu Baharu

Selain sibuk mengusahakan produk biskut, Krispy Krunchee, Sufi enggan terus mengalah dalam dunia nyanyian dan berjanji tampil dengan single lebih baik daripada sebelum ini.

Hiburan Mon, 22 Jan 2024
Featured Wed, 4 Feb 2026

Netizen Buli Fazura! Dakwa ‘Anak Berdukung Tak Habis-Habis’, Empunya Badan Bersuara – “Zalim Kan? Lepastu Buat-Buat Tak Pernah Cakap”

Sedar dengan hantaran tersebut, Fazura tampil membalas kenyataan berkenaan yang disifatkannya sebagai zalim.

Hiburan Fri, 11 May 2018

Belum Rancang Tambah Anak, Sabar Ya

Belum tiba masa lagi untuk timing anak

Featured Thu, 28 Apr 2022
error: Content is protected !!