Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 10, 2026 @ 10:52pm

Anak Terlalu Aktif Sejak Kecil Sampai Pernah Panjat Bumbung Rumah, Nur Shahida Fokus Terapi ADHD Untuk Yusoff Al Qardawi

Usahawan selebriti, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 41, mendedahkan anak keempatnya, Yusoff Al Qardawi disahkan mempunyai masalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) selain berdepan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri ini berkata, tanda-tanda perbezaan pada Yusoff sudah mula disedari sejak anak itu berusia sekitar setahun apabila menunjukkan tahap keaktifan yang luar biasa berbanding kanak-kanak lain.

“Dua anak saya sebelum ini iaitu Qadejah dan Ibraheem juga pernah disahkan mengalami disleksia. Mereka pernah ditempatkan di sekolah khas untuk disleksia kira-kira enam bulan sebelum kembali menyambung pelajaran di sekolah biasa selepas keadaan mereka semakin baik.

“Jadi bila melihat Yusoff, saya sudah dapat merasakan ada sesuatu yang berbeza. Dia terlalu aktif. Ketika berusia satu hingga dua tahun, hampir setiap hari kepalanya benjol kerana terjatuh.

“Pernah juga ketika umur lima tahun dia duduk di atas genting rumah. Dia berada di tempat tinggi seorang diri dan kata mahu jadi ‘superhero’. Dia juga pernah melompat ke dalam kolam ikan kerana tidak rasa takut, malah nampak sangat seronok.

“Disebabkan itu saya bawa dia berjumpa pakar kanak-kanak dan selepas beberapa ujian dilakukan, barulah disahkan dia mempunyai ADHD,” katanya kepada XTRA.

Shahida ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek Ya Abah Saya Security di GSC, IOI Mall Damansara, pada Isnin.

Tambah Shahida, Yusoff kini menjalani sesi terapi sebanyak dua kali seminggu sejak awal tahun lalu dan perkembangan yang ditunjukkan semakin memberangsangkan.

“Saya ambil keputusan untuk berjumpa pakar kerana ada beberapa perkara berlaku di sekolah. Kanak-kanak ADHD biasanya tidak suka apabila ditekan dan kalau ada orang terlalu mesra dengannya, dia kurang selesa lalu menolak dengan cara yang agak kasar.

“Perkara seperti itu berlaku beberapa kali. Jadi saya pindahkan dia ke sekolah lain yang lebih dekat dengan rumah supaya mudah untuk dia pulang awal dan menghadiri sesi terapi. Syukur, sekarang saya nampak dia semakin kurang lasak berbanding dulu,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar Terapi 2 Kali Seminggu, Shahida Kongsi Yusoff Alami ADHD – “Dia Tak Ada Rasa Takut, Lasak Luar Biasa… Setiap Hari Ada Benjol Di Kepala”

Shahida turut berkongsi pada peringkat awal, pengetahuannya mengenai ADHD agak terhad sehingga dua anaknya sebelum ini turut didiagnosis dengan masalah sama. Sebagai seorang ibu, perasaan bimbang dan letih tidak dapat dielakkan ketika melalui situasi tersebut.

“Doktor menjelaskan keadaan ini berkait dengan faktor genetik. Bila saya tanya suami, rupanya dia sendiri hanya mula boleh membaca ketika berusia 12 tahun. Dia juga pernah keliru antara kiri dan kanan serta memakai kasut secara terbalik.

“Bermula dengan Qadejah, saya mula belajar mengenai ADHD. Dalam hati memang berharap anak lain tidak mengalaminya juga. Bila nampak keadaan Yusoff, saya cuba menafikan pada awalnya tetapi akhirnya saya perlu terima bahawa dia mewarisi genetik bapanya kerana Aliff juga mempunyai ADHD,” katanya.

Walaupun Yusoff sangat aktif dan sentiasa bertenaga, Shahida tidak terlalu risau kerana melihat perkembangan positif yang ditunjukkan oleh dua anaknya sebelum ini.

“Qadejah dan Ibraheem semakin baik apabila mereka membesar kerana kami menghantar mereka menjalani terapi. Yusoff pula memang tidak cepat penat dan sangat aktif, jadi kami perlu sentiasa memberi perhatian kepadanya.

“Dia juga sangat pandai berenang walaupun tidak pernah mengikuti kelas secara formal. Apa saja gaya renang dia boleh buat dan saya sendiri tidak pasti dari mana dia belajar. Disebabkan itu saya ambil guru renang supaya bakat itu dapat diasah kerana dia memang suka aktiviti yang lasak.

“Saya tidak melihat dia sebagai kurang upaya. Pada saya mereka tetap anak normal, cuma cara mereka belajar berbeza,” katanya.

Tambah Shahida, dia bersyukur kerana mempunyai kemampuan kewangan untuk menghantar anak-anaknya menjalani terapi, sesuatu yang mungkin sukar bagi sesetengah ibu bapa lain.

“Saya percaya terapi boleh membantu perkembangan mereka. Contohnya Qadejah, dahulu ketika usia tujuh tahun dia masih tidak boleh membaca tetapi sekarang prestasi akademiknya sangat baik.

“Memang pernah rasa sangat sedih ketika melihat keadaan Qadejah dahulu. Namun apabila melihat perubahan positif yang berlaku, saya jadi lebih kuat. Saya juga sedar saya bernasib baik kerana mampu menyediakan rawatan untuk mereka.

“Bagi ibu bapa lain yang mungkin kurang berkemampuan, sebenarnya ada pusat terapi yang disediakan. Cuma kita perlu berusaha mencari maklumat mengenainya,” katanya.

ADHD merupakan gangguan perkembangan neurologi yang menyebabkan seseorang sukar memberi tumpuan, bersikap hiperaktif serta menunjukkan tingkah laku impulsif.

Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff Syukri pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al Hakim.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 16 Jul 2022
Trending Thu, 28 Apr 2022
Hiburan Thu, 14 May 2026

“Jangan Suruh Lock Date Kalau Bajet Tak Ada” – Sarimah Ibrahim Tegur Produser Beri Harapan Palsu, Pelakon Jadi Hilang Motivasi

Sarimah turut mendakwa situasi tersebut menjadi antara punca ramai pelakon semakin hilang motivasi untuk terus aktif dalam industri seni.

Hiburan Mon, 18 Feb 2019

SAH! Shuib Ganti Ajak Di Geng Pagi Hot

Shuib kembali bergelar penyampai radio selepas meninggalkan konti Sinar FM pada November 2017. Welcome to Hot FM, Shuib!

Trending Sat, 23 Oct 2021

Positif Covid-19, TMJ Kini Sudah Pulih

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan dirinya kini sudah pulih daripada jangkitan COVID-19. Perkara itu dikongsikan TMJ menerusi ruangan Instagram Story dan turut mendedahkan dirinya mengambil masa dua minggu untuk pulih. TMJ berkongsi […]

Featured Tue, 17 Dec 2024

Berjubah & Berhijab, Penampilan Amelia Christie Terima Pujian – “Terima Kasih Ya Allah”

Ada yang mendakwa Amelia memakai pakaian menutup aurat itu hanyalah sekadar mempromosikan pakaian muslimah sebuah produk pakaian.

Hiburan Mon, 9 Dec 2019
error: Content is protected !!