Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 24, 2023 @ 6:00pm

[VIDEO] “Sulit Dipercayai,Tapi…” – Kolaborasi Bersama TikToker Jepun, Ebit Lew Buat Ramai Terkejut!

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraih perhatian dalam kalangan netizen selepas membuat video masakan kolaborasi bersama TikToker terkenal Jepun, Bayashi TV.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya, Ebit atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew sedang memasak hidangan nasi goreng bersama TikToker berkenaan.

Apa yang lebih menarik, hasil nasi goreng yang dimasak tadi telah mereka berikan kepada gelandangan.

Video tersebut mendapat pelbagai respons wargamaya yang terkejut melihat berkolaborasi bersama pempengaruh terkenal yang mempunyai jutaan pengikut di TikTok.

“Sulit dipercayai tapi sudah di depan mata. Wah ustaz ni memang betul-betul on another level. Ni memang collab yang paling tidak expect langsung akan berlaku. Dah lama follow Bayashi TV ni, tapi paling tak expect ustaz Ebit Lew dalam video ni,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1.5 juta tontonan dengan menerima lebih 150,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Isnin

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 25 May 2019

Lepas Berjaya Dengan Tudung, Neelofa Buka Kafe Signature Pula!

Pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Trending Fri, 29 Jan 2021
Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

IZREEN AZMINDA BERCUMBU SEBELUM KAHWIN?

Jika sebelum ini ramai netizen mengecam tindakan Izreen Azminda yang berkahwin secara rahsia dengan Ude yang berstatus suami orang. Kali ini lain pula isunya.

Events Fri, 1 Nov 2019
Hiburan Mon, 15 Aug 2022

[VIDEO] “Dia Pilihan Ibu Saya” – Shuib Sedang Mengenali Hati Seseorang

Wahhh tak lama lagi dah ke tu? Semoga dipermudahkan segala urusan Shuib.

error: Content is protected !!