Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops December 18, 2017 @ 8:52am

IZREEN AZMINDA BERCUMBU SEBELUM KAHWIN?

Kontroversi yang melanda perkahwinan rahsia antara Izreen Azminda dan pemuzik terkenal iaitu Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude pada Ogos lalu semakin menjadi-jadi.

Jika sebelum ini ramai netizen mengecam tindakan Izreen Azminda yang berkahwin secara rahsia dengan Ude yang berstatus suami orang. Kali ini lain pula isunya.

Izreen Azminda mendakwa suatu pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar mesranya bersama suami di laman sosial. Bukan itu sahaja, gambar tersebut juga menampakkan Izreen dalam keadaan tidak bertudung sekaligus menjatuhkan imejnya sebagai seorang wanita berhijab. 

Menerusi akaun instagram izreen.azminda perampas, pemilik akaun ini mendakwa bahawa rakannya telah berkunjung ke rumah Izreen sebelum aktres itu melangsungkan perkahwinan.

Sumber: Cari Forum

Namun begitu, menerusi instagramnya Izreen Azminda telah tampil menjelaskan keadaan sebenar dengan mengatakan bahawa perbuatan itu merupakan fitnah semata-mata. 

Sumber: Instagram Izreen Azminda

Izreen turut membidas kritikan dengan menjelaskan bahawa gambar berkenaan merupakan gambar yang diambil di dalam rumah antara dia dan suaminya. Betul juga, takkan dalam rumah nak bertudung dan berjubah kan?

Menerusi akaun miliknya, Izreen turut memberi amaran bahawa dia akan mengambil tindakan selanjutnya kepada pihak yang telah menyebarkan gambarnya. Bak kata orang berani kerana benar, takut kerana salah. 

Apapun, tahniah diucapkan kepada Izreen di atas perkahwinannya. Sama- sama kita nantikan apa pula jawapan pihak yang menyebarkan gambar ini. 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 May 2022
Hiburan Fri, 30 Jun 2023

Lancar Album Baharu, SITISM Buah Tangan Siti Nurhaliza Buat Peminat

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism, hari ini. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak […]

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

M! Countdown Charts Will Be Changing Their Voting Concept

The new system will change how idols win the weekly show.

Contest Tue, 21 May 2019

xtra好康头 | 送你《郑伊健演唱会-云顶站》入门票

xtra好康头 送你《郑伊健演唱会》入门票,让你和这位香港超级巨星一起唱响云顶!

error: Content is protected !!