Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain June 30, 2023 @ 1:19pm

Lancar Album Baharu, SITISM Buah Tangan Siti Nurhaliza Buat Peminat

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil melancarkan album terbaharunya yang berjudul Sitism, hari ini.

Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu didalam format digital dan fizikal.

Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album sekali gus membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solonya yang ke-20 ini.

Bukan itu sahaja, penerbit dan komposer Aubrey Suwito juga kerap menggunakan Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki oleh penyanyi itu yang sememangnya unik serta senang dikenali.

Menurut Siti, Sitism sangat bertepatan sebagai judul album kerana dia sudah menghidupkan jenama Siti Nurhaliza dengan cara yang tersendiri selama lebih 27 tahun bergiat di dalam industri muzik.

Malah, album ini juga melambangkan caranya yang tersendiri bergerak seiring dengan peredaran masa dan perkembangan muzik yang dipaparkan menerusi muzik, lirik, imej serta persembahannya.

Fokus Siti adalah untuk membolehkan para peminat beliau dapat mendengarkan 8 buah lagu terlebih dahulu sebelum penambahan 4 buah lagu lagi akan menjadi lebih istimewa apabila dikeluarkan di dalam bentuk fizikal selain digital kelak.

Terdahulu, Siti juga berjaya melancarkan single pertama Menjaga Cintamu menerusi album ini, pada 18 Mei 2023.

Malah, penyanyi itu turut mempertaruhkan lagu berentak rock balada ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangdewi yang berjudul Romansa Kita.

Romansa Kita membawa tema kehebatan kisah percintaan yang berawal dengan sekadar impian namun menjadi kenyataan apabila sepasang individu menanam keyakinan untuk bersama-sama sehingga ke akhir hayat mereka.

Selain Romansa Kita, antara yang terdapat di dalam album ini ialah Menyapa Dunia (Melly Goeslaw/Melly Goeslaw), Tanpa Diri-Mu (Luca Sickta/Luca Sickta & Siti Nurhaliza), Sehebat Matahari (Aubrey Suwito/Rozisangdewi), Ganti (Mingaling & Nuha Nik/ Amir Hasan & Nuha Nik), Teratas (Tomok & Rudy Nastia/Fedtri Yahya), Menjaga Cintamu (Andi Rianto/Sekar Ayu Asmara) dan Magis (Mas Dewangga & Jova Devito/ Mas Dewangga & Jova Devito & Aden King).

Orang ramai boleh dapatkan album Sitism terbitan Universal Music Sdn Bhd dan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd ini di pelantar digital bermula 30 Jun 2023.

Manakala, album penuh atau album `deluxe’ dijangka akan berada di pasaran, pada awal Ogos nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Mar 2023

Puteri Sarah Tiada Niat Jadi ‘Batu Api’ – “Saya Cuma Beritahu Cara Hadap Orang Ketiga”

Laaaa, ada pulak yang marah, yang jadi cacing kepanasan❤️‍🔥

Trending Mon, 30 Apr 2018

Provokasi Netizen Bikin Fasha Sandha Bersuara, Bila Kaitkan Bajunya Sama Dengan Nora Danish

Alamak! Fasha Sandha dan Nora Danish pakai baju samalah! Ikutkan memang tiada apa yang pelik kerana baju yang dipakai mereka itu bukan ditempah khas daripada designer.

Trending Sat, 6 Oct 2018

Banyak Sangat Simbol Pada Dashboard Kereta! Anda Tahu Ke Maksud Di Sebalik Simbol Tersebut?

Penting untuk ambil tahu maksud simbol yang ada pada dashboard.

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Tue, 23 May 2023
Featured Tue, 14 Nov 2023

Alami Sesak Nafas, Nora Ariffin Dimasukkan Ke ICU

Moga cepat sembuh XTRA doakan!🤲

Hiburan Thu, 15 Mar 2018

4 New Celebrities Will Be Added into Running Man

4 new members will be added into Running Man’s team!

Featured Sun, 2 May 2021

“Sanggup Layan Mengaji Dalam Telefon”- Fouziah Gous Luah Rasa Syukur Dapat Khatam Al – Quran

Pelakon Fouziah Gous meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila  berjaya khatam Al-Quran pada hari Nuzul Al-Quran, Khamis lalu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fouziah dilihat tampil manis dan sopan berpakaian serba putih di sisi ustazah beliau. “Alhamdulillah, […]

Hiburan Thu, 27 Apr 2023
error: Content is protected !!