Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 4:35am

Sentuhan Segar Menggamit Nostalgia, Melodi Memperkenalkan Muzik Video ‘Lagu Raya Untukmu’ Nyanyian Hael Husaini

Menjelang sambutan Aidilfitri, program hiburan popular TV3, Melodi, tampil memperkenalkan video muzik terbaharu berjudul Lagu Raya Untukmu yang disampaikan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini. Video muzik tersebut mula diperkenalkan pada 8 Mac lalu sebagai antara karya istimewa yang diharap dapat menambah kemeriahan sambutan Syawal tahun ini.

Sebagai sebuah lagu raya untuk Aidilfitri 2026, Lagu Raya Untukmu hadir dengan gabungan elemen moden dan klasik yang menjadikannya segar, namun masih mengekalkan jiwa perayaan yang penuh nostalgia. Menerusi alunan vokal Hael yang penuh penghayatan, lagu ini membawa mesej tentang kemaafan, kebersamaan dan penghargaan terhadap insan tersayang, sekali gus menyuntik makna yang lebih mendalam dalam suasana perayaan.

Proses penghasilan lagu tersebut melibatkan rakaman vokal serta susunan muzik yang dilakukan secara teliti di studio. Lagu ini turut mempertemukan Hael Husaini dengan penerbit terkenal, Iqie Hugh, yang bertindak sebagai penulis lirik dan komposer bersama, bagi memastikan keseluruhan karya itu disusun dengan sentuhan kreatif dan emosi yang seimbang.

Lagu Raya Untukmu juga menjadi antara kolaborasi terbaharu Hael bersama Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Kerjasama itu sekali gus mencerminkan hubungan profesional yang berterusan dalam menghasilkan karya muzik berkualiti, selain memperkenalkan lagu raya moden yang dekat dengan cita rasa pendengar masa kini.

“Saya berharap lagu ini menjadi salah satu iringan indah dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, membawa suasana kegembiraan dan kehangatan kepada para pendengar ketika meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat handai. Lebih daripada itu, lagu ini menyampaikan mesej tentang kepentingan kemaafan, semangat kebersamaan, serta menghargai setiap detik berharga bersama insan tersayang,” kata Hael Husaini.

Video muzik Lagu Raya Untukmu kini boleh distrim di YouTube menerusi saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Dalam masa sama, penonton turut digalakkan untuk memeriahkan lagi sambutan lagu tersebut dengan menghasilkan video kreatif masing-masing menggunakan lagu itu, sama ada menerusi video transisi persiapan raya atau tarian ringkas yang menggambarkan momen menjelang Aidilfitri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Intan Najuwa Serik Dengan Lelaki Gila Duit?

Intan Najuwa tekad menjadi pembantu rumah untuk menyiasat calon suaminya!

Trending Sun, 18 Oct 2020

Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Rizalman Ibrahim Mahu Turun Padang

Pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim, 49, yang kini menggalas tugas sebagai Ahli Lembaga Pengarah Univerisiti Teknologi Mara (UiTM) mahu turun padang untuk peka dengan keadaan semasa yang berlaku di institusi itu. Mahu menggalas tugas […]

Hiburan Wed, 7 Feb 2018

CHINESE LADIES TOP THE ’55 MOST BEAUTIFUL WOMEN IN ASIA’ LIST

Many people tend to insinuate that only Western people’s features can be considered beautiful, but these 55 women prove that Asians are downright gorgeous too.

Hiburan Fri, 8 Aug 2025

Tampilkan Lakonan Sophia Albarakbah, Filem ‘Abu Si Raksasa’ Angkat Isu Alam Sekitar Melalui Kisah Cicak Mutasi

Naskhah sains fiksyen bertajuk Abu Si Raksasa merupakan filem ‘kaiju’ (raksasa) pertama seumpamanya di Malaysia.

Hiburan Mon, 17 Dec 2018
Hiburan Tue, 13 Nov 2018
Featured Tue, 9 Dec 2025

Nabila Razali Kesal ‘Couple’ Penuhkan Lif Nak Bermanja – “Baru Faham Kenapa Parents Yang Bawa Anak Kecil Marah”

Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang tidak peka menggunakan lif di pusat membeli-belah sehingga menyusahkan golongan ibu bapa yang mempunyai anak kecil dan membawa stroller.

error: Content is protected !!