Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 4:56am

Masuk Tahun Ketiga Anak Sulung Puasa Penuh, Scha Alyahya Kongsi Lara Alana Teruja Sambut Ramadan

Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi keterujaan melihat anak sulungnya, Lara Alana, semakin seronok menjalani ibadah puasa setiap kali Ramadan tiba.

Menurut Scha, Lara mula berpuasa penuh sejak berusia lapan tahun dan tahun ini dijangka menjadi tahun ketiga anaknya itu berjaya menunaikan puasa sebulan penuh.

“Sejak usia lapan tahun, Lara dah berpuasa penuh. Insya-Allah, tahun ini masuk tahun ketiga dia berpuasa penuh. Dia memang sangat teruja setiap kali datang bulan puasa,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri Awan Dania ini, dia sendiri pernah bertanya kepada Lara tentang sebab anaknya itu begitu teruja untuk berpuasa.

Jawapan yang diberikan cukup ringkas, namun menggambarkan kesungguhan Lara dalam menikmati pengalaman tersebut.

“Saya pernah tanya kenapa dia rasa seronok sangat. Lara cakap dia memang suka berpuasa,” ujarnya.

Tambah Scha, ketika Lara mula belajar berpuasa dahulu, dia pernah menjanjikan ganjaran sebagai motivasi buat anak mereka.

“Mula-mula dulu saya ada cakap, kalau dia puasa saya nak bagi RM20 sehari. Tapi bila dia berjaya berpuasa penuh sebulan, dia sendiri dah lupa tentang ganjaran itu.

“Jadi saya bawa dia bercuti, kebetulan waktunya juga dekat dengan ulang tahun kelahiran Lara,” katanya.

Dalam masa sama, Scha berkata Lara juga gemar meminta pelbagai juadah kegemarannya sepanjang Ramadan, dan suaminya, pengacara Awal Ashaari biasanya menjadi individu yang akan memenuhi permintaan tersebut.

“Lara memang suka minta makanan yang dia gemar dan Awal pula yang selalu tunaikan. Kadang-kadang dia minta pencuci mulut seperti sago gula melaka, agar-agar, pulut mangga dan macam-macam lagi. Hampir setiap hari ada saja yang dia mahu dan Awal akan sediakan,” katanya.

Bagaimanapun, Scha berkata situasi itu berbeza dengan anak keduanya, Lyla Amina, yang masih belum mula berpuasa memandangkan usianya baru lima tahun.

“Lila masih belum berpuasa sebab dia kata dia masih ‘baby’. Sekarang dia baru lima tahun. Saya pun sudah terfikir-fikir macam mana nanti apabila umur dia masuk lapan tahun,” selorohnya.

Scha ditemui di majlis meet and greet bersama Hael Husaini dan dirinya bersempena pembukaan butik baharu Amber di IOI City Mall, Putrajaya, pada Sabtu.

Sementara itu, Scha menyifatkan peluang menjadi wajah Amber LUXE sebagai satu penghargaan terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan dan perniagaan.

“Bagi saya, ‘Luxe’ itu bukan sahaja pada pakaian tetapi bagaimana kita membawa diri. Saya seorang yang santai, tetapi sangat teliti dalam memilih kerja dan jenama.

“Sebab itu bila diberi peluang ini, saya rasa ia satu penghargaan terhadap apa yang saya bina selama ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 9 Oct 2021
Featured Thu, 26 Mar 2020

Roti Gardenia dijual pada harga RM500? Cekik darah betul!

Perbuatan individu tidak bertanggungjawab

Hiburan Thu, 23 Nov 2023

Izuan Fitri Semakin Baik, Ibu Pula Bimbang Andai Dijemput Illahi Terlebih Dahulu

Semoga Kak Nor tabah serta Izuan diberi kesembuhan segera, Amin 🤲🏻

Featured Mon, 4 Oct 2021
Hiburan Thu, 12 May 2022

Iedil Dzuhrie Alaudin Seronok Boleh Tukar Angin, Tidak Rasa Terbeban Ulang Alik Jakarta – Kuala Lumpur

Iedil tidak rasa terbeban ulang alik Jakarta – Kuala Lumpur, malah rasa lebih seronok boleh tukar angin.

Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Thu, 31 Jul 2025

[VIDEO] Buat Kejutan di PC Single ‘Break’, Air Mata Melly Goeslaw Tumpah Dengar Misha Omar Nyanyi ‘Pulangkan’

Penyanyi tersohor, Misha Omar, tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa apabila komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw hadir secara mengejut ke majlis pelancaran single terbarunya, Break. Momen penuh emosi itu ternyata menjadi kenangan manis buat […]

error: Content is protected !!