Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 31, 2025 @ 7:32pm

[VIDEO] Buat Kejutan di PC Single ‘Break’, Air Mata Melly Goeslaw Tumpah Dengar Misha Omar Nyanyi ‘Pulangkan’

Penyanyi tersohor, Misha Omar, tidak menyangka akan menerima kejutan istimewa apabila komposer tersohor dari Indonesia, Melly Goeslaw hadir secara mengejut ke majlis pelancaran single terbarunya, Break.

Momen penuh emosi itu ternyata menjadi kenangan manis buat Misha atau nama lengkapnya, Samihah @ Aisah Omar, 43, yang menganggap kehadiran ratu runut bunyi Nusantara itu sebagai satu penghormatan besar buat dirinya.

“Saya betul-betul terharu bila tahu suara saya didengari dan dihargai oleh figura sehebat Melly Goeslaw dari seberang. Ia benar-benar satu penghargaan buat saya.

“Mula-mula saya ternampak kelibat seseorang yang seakan-akan Melly, tapi saya cuba kekal fokus menyanyi sebab guru vokal saya, Datuk Syafinaz, pun ada di hadapan.

“Tak lama lepas tu, saya dengar dia menyanyi bersama dan waktu tu saya rasa sangat gembira,” katabya tersenyum mengimbas detik berkenaan.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sampai Bila dan Bunga-Bunga Cinta itu turut berkongsi rasa terharu apabila mengetahui Melly menganggapnya sebagai seorang idola sejak sekian lama.

Pertemuan dua bintang besar itu menyaksikan Melly kelihatan cukup emosional, malah kelihatan sebak ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi bersuara gemersik itu.

“Saya peminat tegar filem seram dan sangat suka Pontianak Harum Sundal Malam 1 dan 2. Lagu runut bunyi filem itu yang dinyanyikan Misha betul-betul menyentuh jiwa saya.

“Tak ramai penyanyi yang mampu menghidupkan lagu sehingga memberi impak besar kepada sesebuah babak dan emosi penonton. Masa saya dengar Misha menyanyikan Pulangkan sebentar tadi, saya menangis,” luahnya.

@xtra_my

Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar menerima kejutan kehadiran komposer lagu Break, Melly Goeslaw sebentar tadi. #Break #mishaomar #xtramy #xtratonton

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mengulas lanjut mengenai tercetusnya kolaborasi menerusi lagu Break, Melly mendedahkan semuanya bermula dengan satu mesej ringkas di media sosial selepas konsertnya di Kuala Lumpur.

“Selesai konsert saya di KL, saya hantar mesej ucap terima kasih kepada Misha kerana sudi hadir. Kemudian, dia minta lagu daripada saya, dan kebetulan saya memang ada niat nak beri lagu kepadanya.

“Saya beri dua lagu, tapi projek ini tidak terus dirakam, sampai saya sangka mungkin tak jadi. Tapi tiba-tiba, saya dapat mesej daripada Toh Pati, penggubah lagu Break, yang berkongsi gambar bersama Misha di studio. Ketika itu saya tahu projek ini akhirnya menjadi kenyataan,” ujarnya.

Melly juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali bekerjasama dengan Misha dalam projek duet atau lagu tema filem dan drama di masa akan datang.

Sekadar info, Break merupakan lagu tema bagi drama bersiri Mandul Bukan Pilihan yang kini ditayangkan menerusi platform Astro, dan sudah boleh distrim di semua platform digital sejak bulan lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Apr 2023

Gandingan Redza Rosli & Amyra Rosli Dalam Drama ‘Kerasnya Takdir’

Macam mana Jiha (Amyra Rosli) nak teruskan hidup??!!

Hiburan Fri, 3 Dec 2021

“Kami Akan Memulakan Perjalanan Baru Secara Berasingan” – 10 Tahun Berkahwin, Yasmin Hani Berpisah Dengan Suami

Genap 10 tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon dan pengacara Yasmin Hani mendedahkan perpisahannya dengan suami, penerbit Sha’arin Razali Wong. Tidak mendedahkan butir lanjut, Hani memohon agar mereka diberi ruang dan semua pihak menghormati keputusan […]

Featured Thu, 27 Feb 2025

Ahmad Syafiq Dedikasi Lagu ‘Bila Hatiku Rindu’ Untuk Insan Tersayang

Lagu berkonsepkan pop rock balada yang membawa makna mendalam buat dirinya.

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul

Hiburan Sat, 16 Feb 2019

‘Akaun Laman Sosial Tutup Tapi Belum Minta Maaf’- Misha Omar

Penyanyi lagu Sampai Bila itu mendakwa adalah tidak adil dengan hanya mendiamkan diri selepas memadam dan menutup akaun laman sosial mereka.

Trending Fri, 6 Mar 2020
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Tak Nak Keluar Rumah Sebab Gemuk, Ini Cara Kilafairy Selesai Masalah!

Fuh, tapi kalau tengok sekarang…memang lain dah kan? Apa rahsia Kila eh?

error: Content is protected !!