Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 1:12am

Menampilkan Kyuhyun & Ahof, K-Sarang Super Concert 2026 Bawa Kehangatan K-Pop Ke Malaysia April Ini!

Kehangatan budaya K-pop bakal kembali menyemarakkan Kuala Lumpur menerusi penganjuran K-Sarang Super Concert 2026 yang dijadual berlangsung pada 11 April depan di The Arch Galeries.

Acara muzik berskala besar itu akan menampilkan dua nama yang cukup dekat dengan peminat, iaitu vokalis terkenal Super Junior, Kyuhyun dan kumpulan K-pop yang semakin meningkat naik, AHOF (Artist Hall of Fame). Gabungan kedua-dua artis ini dijangka menghadirkan malam penuh warna dengan persembahan vokal mantap, koreografi bertenaga serta interaksi istimewa bersama peminat.

Dijadual berlangsung pada Sabtu, 11 April 2026 jam 6 petang, konsert berkenaan dianjurkan oleh HIFIVE Entertainment dan K-WAVE. Penganjur menyifatkan acara itu sebagai satu langkah baharu dalam memperkukuh pengalaman konsert K-pop secara langsung di Malaysia dengan menghimpunkan nama besar dan bakat baharu dalam satu pentas.

Menurut Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira, penganjuran konsert tersebut membawa makna yang lebih besar daripada sekadar sebuah persembahan muzik.

“K-Sarang Super Concert bukan sekadar sebuah konsert, tetapi satu acara yang meraikan kecintaan terhadap K-pop serta semangat kebersamaan yang lahir daripadanya dalam kalangan peminat di seluruh dunia.

“Kami berasa bangga dapat membawakan sebuah konsert yang memberi peluang kepada peminat di Malaysia untuk merasai pengalaman lebih dekat bersama artis kegemaran mereka, sekali gus mencipta kenangan indah yang melangkaui bahasa dan sempadan,” katanya.

Kyuhyun sememangnya dikenali sebagai antara vokalis lelaki yang mempunyai kekuatan tersendiri menerusi lagu-lagu balada yang penuh emosi, selain keupayaannya menguasai pentas. Dalam masa sama, AHOF pula semakin mencuri perhatian menerusi persembahan yang bertenaga serta sokongan peminat global yang semakin berkembang.

Bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert ini, tiket ditawarkan secara eksklusif menerusi Ticket2U dengan empat kategori harga iaitu VIP berharga RM888, CAT 1 sebanyak RM748, CAT 2 berharga RM588 dan CAT 3 pada harga RM388.

Setiap pembeli tiket turut akan menerima Kad Foto Bertandatangan Digital dan Poster Bertandatangan Digital. Bagi kategori premium pula, beberapa keistimewaan tambahan turut disediakan termasuk akses sound check, sesi send off serta peluang mendapatkan foto Polaroid bertandatangan bagi pemegang tiket VIP terpilih.

Konsert K-Sarang Super Concert 2026 akan berlangsung pada 11 April 2026, jam 6 petang di The Arch Galeries, Kuala Lumpur, manakala tiket kini sudah mula dijual menerusi laman rasmi Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020

Kementerian Arah TNB Perjelas Isu Bil Elektrik Melampau

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera

Featured Wed, 22 Jun 2022

[VIDEO] “Saya Masih Single Okay!” – Ira Kaza

Tuan badan dah buka mulut bagi ‘hint’ tu, harapnya semua baik-baik saja 😊

Hiburan Tue, 20 Nov 2018
Trending Mon, 6 Apr 2020
Featured Thu, 22 Dec 2022

Sempena Anniversary Perkahwinan Ke-2, Ikmal Amry Beri Hadiah Volkswagen Pada Isteri

Pelakon Ikmal Amry menghadiahkan isteri tercinta, Najla Samshul sebuah kereta jenama Volkswagen sempena sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang kedua. Menerusi hantaran tersebut, Ikmal mendedahkan dirinya telah bekerja keras untuk membeli kereta ini dan turut […]

Featured Thu, 25 Jun 2026

Isteri Buat Surat Rasmi Minta Kebenaran Suami Hadir Konsert Tradisional Siti Nurhaliza, Ini Respons Biduanita Negara

Gelagat sepasang suami isteri mencuri perhatian apabila sanggup menggunakan surat rasmi untuk mendapatkan kebenaran menonton konsert Siti Nurhaliza.

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Hidup Kami Tak Lengkap Kalau…’ -One Avenue Band

Tak sabar nak dengar single terbaru OAB, mesti lagi syahdu!

error: Content is protected !!