Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 25, 2026 @ 11:07am

Isteri Buat Surat Rasmi Minta Kebenaran Suami Hadir Konsert Tradisional Siti Nurhaliza, Ini Respons Biduanita Negara

Gelagat sepasang suami isteri menggunakan surat rasmi bagi mendapatkan kebenaran menghadiri konsert tradisional Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mencuri perhatian warganet termasuklah penyanyi tersohor itu sendiri.

Menerusi perkongsian di Threads, seorang lelaki berkongsi surat permohonan yang dikemukakan isterinya untuk mendapatkan keizinan menghadiri konsert berkenaan.

Malah, individu lelaki itu turut meletakkan syarat tertentu sebelum ‘meluluskan’ permohonan isterinya.

“Nak tanya Datuk Seri Siti Nurhaliza betul ke ada buat konsert? Sebab itu isteriku minta kebenaran nak tengok. Kalau betul, nak minta dia belikan dua tiket, baru saya luluskan permohonan dia ni.

“Yang minta template ni, nanti isteri saya reply ya,” katanya.

Sedar dengan hantaran tersebut, pelantun lagu Kesuma itu tampil berseloroh dan memberikan komen balas.

“Ya Allah, comelnya suami isteri ni! Buat surat permohonan rasmi lagi.

“Nak shopping kena buat surat juga tak? Ingat nak mohon juga dana,” balasnya.

Terdahulu, Siti Nurhaliza dijadulkan bakal mengadakan konsert tradisional Gema Bumantara yang akan berlangsung di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Hiburan Mon, 19 Mar 2018

Comelnya Anak Datuk Siti Nurhaliza!

Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, kata Khalid.

Trending Tue, 19 Jan 2021
Hiburan Fri, 13 Dec 2024

Cipta Fenomena Berada di Tangga Ke-4, ‘Aku Bukan Ustazah’ Satu-Satunya Drama Melayu Tersenarai Dalam Google Trends 2024!

Aku Bukan Ustazah menduduki tangga keempat dalam carta Top 10 Google Trend 2024 kategori Program TV,

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Panas! Gadis Istimewa Ini Beri Ucapan Hari Lahir Buat Kamal Adli

Gadis istimewa ini telah memuatnaik gambar mereka berdua, bersama caption yang boleh buat anda semua cair!

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Ibu Mawi Meninggal Dunia

Berita sedih ini dikongsi kepada pengikut mereka menerusi laman Instagram radio Zayan.

Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Hiburan Thu, 16 Nov 2017

Fattah Amin dan Fazura Bernikah Secara Senyap

Belum lagi pulang dari umrah sudah terdengar lagi khabar angin katanya pasangan ini sudah bernikah secara senyap! Apa pun tunggu sahaja kepulangan mereka dan sidang media yang akan diadakan nanti

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

Syed Iqbal Menyerlah Dengan Basstamam, Lirik ‘Wahai Bulan Purnama’ Jadi Tumpuan di TikTok!

Penyanyi baharu, Syed Iqbal mencuri tumpuan ramai menerusi single sulungnya “Basstamam”.

error: Content is protected !!