Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 30, 2025 @ 6:00pm

Aina Abdul Sebak Kenang Pengorbanan Arwah Bapa, Meski OKU Tetap Muliakan Isteri – “Tanpa Jemu Sedia Makan & Teh O Panas Mak”

Penyanyi popular, Aina Abdul berkongsi kenangan bersama arwah bapanya yang disifatkannya sebagai sangat istimewa dan luar biasa.

Dalam satu temu bual yang dikongsikan di platform TikTok, Aina Abdul berkongsi arwah bapanya, Abdul Ghani Abdullah, merupakan seorang insan istimewa (OKU) yang hidup tanpa kedua-dua kaki.

Namun, kesungguhan dan kecekalan yang ditunjukkan Allahyarham sepanjang hayatnya membuatkan Aina dan adik-beradik yang lain berasa malu untuk merungut apabila berdepan sebarang kesulitan.

“Ayah saya dia OKU. Dia tak ada kaki. Even before dia meninggal dunia pun kita dah witness his struggle everyday. Dan juga kekuatan dia.

“Dia dan bersara awal disebabkan penyakit yang dialami. Jadi kami anak-anak ni yang memang dah menyaksikan kesusahan dia untuk waktu yang lama, kita jadi terinspirasi dalam beberapa cara contohnya, berasa malu kalau kami merungut tentang sesuatu benda,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam ini turut berkongsi antara momen paling bermakna yang terpahat dalam ingatannya mengenai pengorbanan arwah bapanya meskipun diuji dengan kekurangan upaya.

Menurut Aina, setiap hari tanpa jemu, arwah akan memasak dan menyediakan secawan teh O panas buat ibu mereka sejurus selesai mengajar tuisyen di rumah.

“Saya masih ingat lagi satu senario ni di mana mak saya seorang guru tuisyen di rumah sebab dia seorang guru bahasa Melayu, so bila ada tuisyen dekat rumah dan selalunya bila habis makan malam sekitar pukul 6, kelas akan mula pukul 8 malam. Ramai student akan datang rumah dan abah punya tanggungjawab adalah dia tahu dia punya struggle, dengan pergerakan dia dan sebagainya.

“Tapi apa yang dia boleh buat adalah, yang masih saya ingat sampai hari ini dan saya salute sangat adalah, setiap kali mak habis tuisyen, selalunya sebelum pukul 10 malam, abah akan sediakan teh panas untuk mak dan akan masak sesuatu untuk keluarga kita.  Setiap hari,” jelasnya.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Bagi Saya Jefri Nichol Seorang Yang Perfect” – Ameera Khan Beri ‘Hint’ Bakal Menetap Di Indonesia?

Kata Ameera, Jefri merupakan seorang yang sempurna selain selalu melayannya dengan baik.

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

‘Who Wore It Better?’ Jadi Topik Hangat Di Twitter

Menerusi laman Instastory milik Fazura, pelakon jelita ini menulis ‘Mine Pleaseee?!!!’ pada gambar yang memaparkan model sedang berjalan dengan rekaan baju bermanik mewah itu.

Featured Wed, 20 May 2020

Kes baharu COVID-19 kembali dikesan di Kelantan, Terengganu dan Kedah

Negeri Zon Hijau terkesan akibat rentas negeri

Trending Tue, 24 Nov 2020
Trending Wed, 31 Mar 2021

Jadi Artis Termuda Def Jam Malaysia, Kowachee Muncul Dengan Single Pap Tapom

Bakat cilik, Putri Armani, atau lebih dikenali sebagai Kowachee, menjadi nama baru yang tidak asing dalam dunia hiburan. Kowachee bermula sebagai atlet gimnastik artistik Selangor pada usia 4 tahun dan mewakili negeri tersebut sehingga dia […]

Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Mon, 21 Mar 2022
error: Content is protected !!