Euforia Bola 2026
Trending By: Padin November 24, 2020 @ 7:43pm

“Tuduhan Itu Terlalu Berat” – Didakwa Rogol Gadis, Da’i Syed Buat Laporan Polis

Pendakwah muda, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Twitter, @ainunnnajwa yang didakwa memfitnahnya merogol seorang gadis.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor sekitar jam 5.45 petang tadi, susulan pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma selepas menjadi mangsa rogol pendakwah itu. 

Sumber: Instagram Stories Da’i Syed

Kesal dengan tuduhan berkenaan, Syed, 25, berkata, laporan polis itu dibuat untuk membersihkan nama baiknya, selain melindungi dirinya daripada dikaitkan dengan dakwaan tidak berasas itu.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,” katanya menerusi sebuah kenyataan media.

Dalam pada itu, Syed berharap agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga.

“Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.

Syed yang juga merupakan penyanyi itu mula dikenali sebagai salah seorang peserta program realiti kerohanian, Da’i Pendakwah Milenia musim keempat yang pernah bersiaran di TV3 pada 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 4 Aug 2023
Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Thu, 2 Feb 2023

Berat Badan Naik 10 Kg, Netizen Usik Watie Makin Bahagia – “Nak Salahkan Siapa Sebenarnya Ni?”

Orang kata kalau tengah bahagia ni badan akan berisi sikit 🤪🤪🤪 Sedang angau dilamun cinta la katakannn 🤪🤪

Trending Wed, 19 Sep 2018

Study Shows that Air Pollution Adds to Risk of Dementia

The fact that Malaysia has a ‘haze season’ should make us be more worried.

Featured Fri, 6 Dec 2024
Featured Fri, 17 Jan 2025
Hiburan Fri, 2 May 2025

Guna AI Bayang Diri Hamil, Sweet Qismina Luah Hasrat Bergelar Ibu

Sweet Qismina sentuh hati ramai guna AI bayang diri hamil

Kes Mahkamah Wed, 16 Aug 2023

Susulan Kes Seksual Terhadap 2 Remaja Lelaki, Safiey Ilias Dilepas Tanpa Dibebaskan Daripada 4 Pertuduhan

Saya sudah bersedia dengan pelbagai kemungkinan, dan tetap akan melawan kes ini – Safiey

error: Content is protected !!