Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 11, 2026 @ 1:16am

Tak Sambut Raya, Petrova Catherina Tetap Meriahkan Syawal Dengan ‘Huru Hara Raya’

Walaupun tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri, penyanyi muda dari Sabah, Petrova Catherina tetap tampil memeriahkan musim perayaan tahun ini menerusi single raya pertamanya berjudul Huru Hara Raya. Lagu tersebut dilancarkan pada 6 Mac 2026 dan kini boleh didengari di semua platform penstriman digital, selain hadir bersama video muzik rasmi di saluran YouTube NSR Malay.

Petrova, 20, yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Bioteknologi di Universiti Malaysia Sabah, sebenarnya sudah lama meminati dunia muzik. Minat itu bermula sejak usia tujuh tahun apabila dia mula menyanyi dan menjadikan muzik sebagai medium untuk mengekspresikan diri.

“Bagi saya menyanyi adalah cara untuk saya meluahkan emosi dan perasaan. Dengan sokongan penuh daripada kedua ibu bapa saya, saya kini mahu terus melangkah secara serius dalam dunia muzik dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran,” jelas Petrova.

Menariknya, kemunculan lagu raya tersebut mempunyai kisah tersendiri apabila Petrova sendiri tidak meraikan Aidilfitri kerana beragama Kristian. Namun baginya, muzik mampu menjadi bahasa universal yang menyatukan semua orang tanpa mengira latar belakang.

“Saya mungkin tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri kerana saya beragama Kristian, tetapi saya percaya muzik boleh membawa kegembiraan kepada semua orang. Saya harap lagu ini boleh buat orang rasa seronok bila dengar mendengar, terutamanya ketika berkumpul bersama-sama ahli keluarga,” kata Petrova.

Walaupun berasal dari Sabah, Petrova optimis dapat mengimbangi komitmen antara pengajian dan kerjaya seni. Dengan sokongan syarikat rakaman New Southern Records serta dorongan daripada keluarga, dia bersedia berulang alik ke Semenanjung Malaysia bagi menjayakan aktiviti promosi dan persembahan apabila diperlukan.

Dalam masa sama, Petrova menyimpan harapan untuk dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai identiti vokal tersendiri dan mampu menyentuh hati pendengar. Antara figura yang menjadi inspirasi dalam perjalanan seninya ialah Faouzia, penyanyi dan penulis lagu berdarah Maghribi-Kanada yang terkenal dengan vokal penuh emosi.

Single Huru Hara Raya digubah oleh Adi Priyo, manakala liriknya ditulis oleh Adi Priyo bersama Ku Yen dan Skulleight. Lagu tersebut kini boleh distrim di semua platform digital sejak 6 Mac 2026, sementara video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube NSR Malay.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 8 Oct 2025

Hanya Elak Tawaran Sensitif, Floor 88 Sangkal Dakwaan Tolak ‘Show’ Kerajaan

Floor 88 hanya menolak tawaran yang tidak bersesuaian dengan prinsip kumpulan mereka.

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Trending Sun, 3 Jul 2022

Rokok Seludup Bernilai RM1.8 Juta Berjaya Dirampas, Dua Lelaki Tempatan Ditahan

Rokok seludup berjaya dirampas, suspek tiada rekod jenayah.

Featured Fri, 2 May 2025

“Yang Kaya Tu Allah Sahaja”- Bonda Rozita Bidas Netizen Dakwa Suami Baharu ‘Cuci Kaki’

Bonda Rozita mempertahankan suaminya itu sekaligus menitipkan pesan buat netizen.

Featured Thu, 17 Mar 2022
Hiburan Mon, 10 Jun 2019

林文荪化身女Rapper首献处女秀!真心细诉音乐梦心路历程

向来唱民族、艺术歌曲,全身散发着文青女气质的林文荪,摇身一变狂野女Rapper,献唱亲自填词的饶舌曲,真心细诉音乐梦心路历程。

Events Wed, 12 Sep 2018
Hiburan Fri, 13 Mar 2026

“Tua Muda Hilang Sopan, Ikutlah Adab Kita” – Ustazah Asma’ Harun Nasihat Hentikan Trend Joget Ambil Duit Raya

Ustazah Asma’ menasihatkan orang ramai agar tidak lagi menjadikan perkara itu sebagai trend

error: Content is protected !!