Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 12, 2026 @ 1:46pm

“Saya Suka Bentuk Badan Macam Kim Kardashian” – Rajin Buat ‘Squat’, Wafariena Tepis Dakwaan Jalani Pembedahan Besarkan Pinggul

Pelakon, Wafariena Roslan menepis dakwaan kononnya dia melakukan pembedahan pada bahagian pinggul selepas bentuk tubuhnya menjadi bualan netizen di media sosial.

Menurut Wafariena atau lebih mesra disapa Wafa, 31, perubahan pada bentuk badannya itu sebenarnya adalah hasil disiplin melakukan senaman secara konsisten sejak sekian lama.

“Saya tak ada buat ‘repair’ apa pun. Bulan puasa pun saya workout. Lepas berbuka atau terawih saya workout dalam sejam dua. Full body workout,” katanya ketika ditemui media.

Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, Wafa mengakui terkejut apabila ada pihak membuat spekulasi sedemikian sedangkan dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Astaghfirullahalazim. Saya rasa kawan-kawan industri semua yang perempuan admire dengan pinggul saya.

“Mereka akan tanya, ‘Wafa buat apa?’ Saya kata workout lah. Squat, beberapa jenis squat boleh buat,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Wafa berkata bentuk tubuh yang mempunyai lekuk lebih sesuai dengan ketinggiannya berbanding terlalu kurus.

“Saya suka badan macam Kim Kardashian. Saya tinggi, kalau kurus sangat tak nice. Saya suka kalau ada ‘shape’ tapi tidaklah nak jadi macam Kim Kardashian,” jelasnya.

Wafa berkata demikian ketika ditemui pada rakaman program Melodi Raya yang berlangsung di Saloma, Kuala Lumpur, malam Selasa.

Menurut Wafa, rutin senaman sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidupnya sejak berusia 19 tahun.

“Dari umur 19 saya dah workout untuk diri sendiri. Sehari sekali, squat saja ada lima set, 20 rep,” katanya.

Dalam masa sama, Wafa berkata dia tidak terlalu mempedulikan tanggapan negatif segelintir netizen kerana apa yang dilakukannya adalah demi kepuasan diri sendiri.

“Saya tak kisah sebab saya bukan buat untuk tarik perhatian orang, tapi untuk cantikkan diri saya dan itu hak saya.

“Orang DM ni macam-macam, yang pelik-pelik pun ada. Kalau korang nampak itu saja, tengok untuk admire,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 30 Mar 2019

Bekas Suami Gembira Fasha Bertemu Jodoh Semula

Semoga lepas ini Rizal pula bertemu jodoh pula ya. InshaAllah…

Hiburan Fri, 14 Sep 2018

Awww…Romantiknya Video Ucapan Fazura Buat Suami

Semalam, pelakon Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu memuat naik sebuah video yang menceritakan perjalanan cintanya bersama suami tersayang, Fattah Amin.

Featured Thu, 30 Oct 2025

“Kritik Dengan Ilmu Bukan Dengan Akhlak Badut” – PU Riz

PU Riz menegur segelintir pihak yang gemar mengkritik tanpa asas ilmu dan akhlak, sebaliknya menjadikan celaan serta sindiran sebagai alat untuk menjatuhkan orang lain.

Featured Wed, 10 Jul 2024
Featured Tue, 22 Oct 2024
Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Featured Mon, 19 Jun 2023
error: Content is protected !!