Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 14, 2026 @ 6:21pm

“Nampak Kerusi Arwah Bapa Buat Saya Rasa Sayu” – Terkenang Dharma Harun Al Rashid, ‘Jam Misteri Atuk’ Sentuh Emosi Syafiq Dharma

Pelakon Syafiq Dharma mengakui pembabitannya dalam filem pendek raya Jam Misteri Atuk memberi kesan emosi yang cukup mendalam kerana jalan ceritanya sangat dekat dengan pengalaman hidup yang sedang dilaluinya.

Menurut Syafiq, beberapa babak dalam karya tersebut membuatkan dia teringat kepada arwah bapanya, pelakon era 1980-an Allahyarham Dharma Harun Al Rashid yang meninggal dunia pada 25 November tahun lalu.

Katanya, pengalaman kehilangan itu menjadikan emosi yang dibawa dalam lakonan terasa lebih jujur dan bukan sekadar dimainkan untuk tuntutan watak.

“Cerita ini berkisar tentang seorang anak yang kehilangan bapa. Saya setuju menjayakan karya ini sebab skripnya begitu dekat dengan keadaan saya sekarang yang baru kehilangan ayah dan masih cuba untuk menerima kenyataan itu.

“Dalam filem ini pun sama, bila ayah sudah tiada barulah kenangan lama datang satu persatu dan rasa rindu itu makin kuat. Sedangkan waktu ayah masih ada, kita selalu sibuk dengan kerja dan urusan hidup. Sekarang bila saya nampak kerusi tempat arwah selalu duduk pun, hati saya jadi sayu,” katanya.

Tambah Syafiq, filem pendek terbitan Avaris Studio itu turut membawa mesej penting tentang menghargai masa bersama ibu bapa selagi mereka masih ada.

Syafiq atau nama sebenarnya Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 37, yang kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Akademi Seni Budaya dan Warisan Negara (ASWARA), berharap kemunculannya dalam Jam Misteri Atuk dapat membuka ruang untuk dia meneruskan legasi arwah bapanya dalam dunia seni.

“Saya memang pernah berlakon sebelum ini, tetapi ini adalah naskhah pertama saya selepas pemergian arwah ayah. Kalau boleh, saya mahu terus membawa nama Dharma dalam bidang seni seperti yang arwah impikan,” katanya.

Berkongsi pengalaman sepanjang pembikinan filem tersebut, Syafiq yang bergandingan dengan Wafariena sebagai pasangan suami isteri berkata proses penggambaran walaupun singkat tetap berjalan lancar.

“Kalau dibandingkan dengan pelakon lain, saya rasa diri ini kecil sangat. Tapi mereka menerima saya dengan baik, begitu juga pihak produksi yang sangat profesional. Semua itu membuatkan saya rasa lebih yakin dan bersemangat untuk terus terlibat dalam karya lain selepas ini,” katanya.

Filem pendek arahan Ali Irman Bahrudden itu mengisahkan tentang seorang cucu perempuan yang masih merindui arwah datuknya sebelum hidupnya berubah selepas menemui jam tangan lama milik datuknya yang membawa dia kembali ke masa lalu.

Menurut Ali Irman, filem pendek yang menjalani penggambaran selama dua hari di Hulu Langat, Selangor itu sarat dengan mesej positif mengenai pentingnya menghargai insan tersayang dan belajar berdamai dengan takdir, selari dengan suasana Aidilfitri yang bakal tiba.

“Pembikinan filem pendek ini berjalan lancar kerana kami dibantu oleh barisan pelakon yang berpengalaman. Pada saya, Jam Misteri Atuk adalah karya yang sangat menyentuh perasaan terutama bagi mereka yang pernah kehilangan orang tersayang. Saya harap penonton dapat memberikan sokongan yang baik,” katanya.

Selain Syafiq Dharma, karya tersebut turut dibintangi Azhar Amir, Aleza Shadan, Wafariena Roslan, Kiky Hannah dan Aidern Shafiy.

Telah bersiaran di Awesome TV, Jam Misteri Atuk telah ditayangkan secara eksklusif pada 13 Mac 2026 di 10Stars Cinemas Hextar World, Empire City Mall, Damansara.

Pada hari sama, filem pendek itu turut dilancarkan untuk tontonan umum menerusi saluran YouTube rasmi Avaris Studio MY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 10 Nov 2022

Tak Berlakon Dalam Kampung People 3, Peminat Mahukan Hun Haqeem – “Dia Hidupkan Watak Baby Boo Jekfer”

Oh no my baby boo Jekfer.. Agak agak kenapa Hun Haqeem tak pegang watak Jekfer dalam drama Kampung People musim ketiga ek?

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Trending Sat, 29 May 2021

Siti Nordiana Salurkan Emosi, Buat Kajian Dahulu Sebelum….

Penyanyi Siti Nordiana menyalurkan emosi dan membuat kajian terlebih dahulu sebelum menyanyikan lagu terbarunya yang berjudul Cukup Derita Itu. Mendapat sentuhan komposer hebat, Tam Spider dan liriknya hasil nukilan Siti Rosmizah, karya terbabit menjadi lagu […]

Hiburan Fri, 14 Dec 2018

Buka Syarikat Sendiri, Zamani Kini Di Bawah Pengurusan ZIME Production

Zamani menegaskan tidak melantik mana-mana pihak lain untuk mencetak atau menjual produk yang menggunakan namanya.

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

Ariana Grande, a Racist Plagiarist?

A lawsuit might be on Little Red’s next track.

Trending Thu, 25 Nov 2021

Kejohanan Pertama Ejen Ali Agents’ Arena Dimenangi oleh Trio Berusia 15 Tahun dari Kedah

Trio berusia 15 tahun dari Kedah dinobatkan sebagai pemenang sulung Kejohanan Ejen Ali Agents’ Arena 2021 yang diadakan pada minggu lepas. Ejen Ali Agents’ Arena yang merupakan siri terbaharu dari rangkaian permainan mudah alih Ejen […]

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Filem Sun, 3 May 2026

Filem Pewaris Susuk Angkat Kepercayaan Lama, Seram Yang Dekat Dengan Realiti Masyarakat!

Mula ditayangkan pada 30 April lalu, perhatian penonton tertumpu kepada cara filem seram Pewaris Susuk mengangkat unsur budaya dan kepercayaan tradisional sebagai teras utama penceritaan.

error: Content is protected !!