Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 14, 2026 @ 6:25pm

Nadin Amizah, Feby Putri Bakal Beraksi Sepentas Di Kota Kinabalu

Peminat muzik Indonesia di Sabah bakal menikmati sebuah malam penuh emosi apabila dua penyanyi popular, Nadin Amizah dan Feby Putri, dijadualkan tampil sepentas dalam konsert Melodi Malam 2.0 pada 23 Mei 2026, jam 8 malam di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Acara yang dianjurkan oleh Sembang Kari Entertainment itu dijangka menjadi antara persembahan muzik yang paling dinantikan di Kota Kinabalu tahun ini. Lebih istimewa, konsert tersebut menandakan kali pertama Nadin Amizah dan Feby Putri berkongsi pentas di kota berkenaan, sekali gus menjanjikan pengalaman berbeza buat peminat di Sabah.

Sembang Kari Entertainment merupakan syarikat penganjuran acara yang diterajui oleh Pengarah Urusannya, Amar Syah.

Menurut Amar Syah, Melodi Malam 2.0 dianjurkan dengan tujuan membawa pengalaman muzik yang lebih dekat dengan peminat di Borneo, khususnya di Kota Kinabalu.

“Melodi Malam 2.0 dirancang sebagai sebuah pengalaman muzik yang lebih intim dan bermakna untuk penonton. Kami percaya gabungan Nadin Amizah dan Feby Putri di atas satu pentas adalah sesuatu yang sangat istimewa.

“Lebih menarik, ini merupakan kali pertama kedua-dua artis ini berkongsi pentas di Kota Kinabalu dan kami yakin malam itu akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan oleh para peminat,” katanya.

Kedua-dua penyanyi dari Indonesia itu dikenali dengan karya yang puitis, sarat emosi dan dekat dengan jiwa pendengar. Pertemuan dua figura dengan identiti muzik tersendiri dalam satu persembahan dijangka menghadirkan suasana yang intim serta menyentuh perasaan penonton.

Nadin Amizah turut meluahkan rasa teruja kerana akhirnya berpeluang bertemu peminat di Kota Kinabalu menerusi persembahan istimewa tersebut.

“Saya sangat gembira akhirnya dapat datang ke Kota Kinabalu dan menyampaikan lagu-lagu saya secara langsung kepada peminat di sana. Setiap tempat mempunyai suasana yang berbeza dan saya percaya malam di Sabah nanti akan menjadi pengalaman yang indah. Lebih bermakna kerana saya juga dapat berkongsi pentas bersama Feby Putri,” katanya.

Feby Putri pula menyifatkan persembahan tersebut sebagai momen yang sudah lama dinantikan.

“Saya berasa sangat teruja kerana akhirnya dapat membawa muzik saya ke Kota Kinabalu. Saya tahu ramai peminat yang menunggu persembahan ini dan saya berharap Melodi Malam 2.0 akan menjadi malam yang penuh emosi serta dekat di hati penonton. Berkongsi pentas dengan Nadin Amizah juga menjadikan acara ini lebih istimewa,” katanya.

Dengan konsep yang menonjolkan keindahan muzik dan emosi, Melodi Malam 2.0 bukan sekadar sebuah konsert biasa, sebaliknya sebuah acara yang meraikan hubungan antara karya, penyanyi dan penonton. Penganjuran konsert ini juga dilihat mampu menambah tarikan acara hiburan antarabangsa di Kota Kinabalu.

Tiket Melodi Malam 2.0 dijual pada harga RM229 bagi kategori Kembali Sorai (Free Standing) dan boleh dibeli menerusi laman web rasmi myticketempire.com bermula 13 Mac 2026 jam 12 tengah hari.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 5 Aug 2021

Wujudkan 320,000 Peluang Kerja – Menteri Kewangan

Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kerajaan menerusi inisiatif Majlis Pekerjaan Negara sudah berjaya membantu mewujudkan 320,000 peluang pekerjaan setakat ini. Beliau berkata, majlis itu ditubuhkan dengan sasaran mewujudkan 500,000 pekerjaan dan […]

Trending Sat, 21 Jul 2018

圣母像会流「玫瑰香眼泪」?

美国新墨西哥州一座教堂先前出现圣母像流泪的奇景,即使有人擦拭又会继续流出,还飘散着玫瑰香,立即吸引大批信徒前来朝圣。

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

Teater Bangsawan Badang Bakal Di Pentaskan?

Jom pi tengok ramai-ramai!

Featured Tue, 13 Jun 2023

“Tak Sangka Mereka Hebat Macam Ni!” – Netizen Puji Lakonan Mimi Lana & Siti Hariesa Dalam Drama Perempuan Itu

Terbaik lah Mimi Lana & Siti Hariesa! Kalau tak nangis tak sah ek tengok cerita ni😳😳😳

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Menurut Patimah, Que seharusnya mengejar Fazura sekiranya dia benar-benar mahu bersama selebriti itu. 

Featured Wed, 5 Oct 2022
Trending Tue, 28 Jul 2020
Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Trending Mon, 12 Apr 2021
error: Content is protected !!