Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 16, 2026 @ 1:22pm

“Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan

Personaliti media sosial terkenal, Ameera Khan berkongsi pengalaman peribadi mengenai hubungan percintaan menerusi sesi soal jawab (Q&A) di Instagram Story (IGs) miliknya baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan pengikut tentang pengalaman mengambil ‘peranan lelaki’ dalam hubungan, Ameera mengakui dia pernah melalui situasi tersebut sebelum ini.

Menurut Ameera, dia pernah menjadi individu yang merancang banyak perkara dalam hubungan, membayar kebanyakan perbelanjaan selain sering mengalah walaupun bukan dirinya yang bersalah.

“Saya pernah berada dalam situasi itu. Saya yang buat perancangan, bayar kebanyakan perkara dan sering mengalah walaupun bukan salah saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, adik kepada selebriti terkenal Noor Neelofa ini mengakui dia juga terlalu menyayangi pasangan, namun tidak menerima penghargaan yang sama.

“Saya terlalu baik dan terlalu menyayangi. Tapi saya bersyukur melalui pengalaman itu kerana sekarang saya lebih tahu apa yang saya mahukan,” ujarnya.

Dalam masa sama Ameera turut berkongsi pandangannya mengenai peranan lelaki dalam hubungan.

Menurutnya, seorang lelaki bukan sekadar berperanan sebagai penyedia, sebaliknya perlu mampu membuatkan pasangan berasa selamat, stabil dan dihargai.

“Seorang lelaki sepatutnya membuatkan wanita rasa selamat dan stabil. Jika tidak, jangan sesekali berkompromi dengan perkara itu,” katanya.

Dalam sesi sama, Ameera turut menjawab soalan mengenai pandangan bapanya terhadap pilihan pasangan yang dibuat sebelum ini.

Menurut Ameera, bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

“Kalau nak tahu apa ayah saya cakap… lebih baik tak perlu tahu. Cukuplah saya katakan dia selalu kecewa dengan pilihan saya,” katanya berseloroh.

Bagaimanapun Ameera berkata bapanya tetap bersikap baik terhadap dirinya dan berharap dia dapat membuat pilihan yang lebih baik pada masa akan datang.

“Insya-Allah saya akan buat pilihan yang betul pada masa depan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Mar 2018

香蕉哥哥、草莓姐姐结婚!秘恋3年冲绳办婚礼

恭喜香蕉哥哥和草莓姐姐要结婚了!秘密交往了3年时间,小俩口近来宣布喜讯,将于19日在日本冲绳举行婚礼;这是东森YOYO家族首对哥哥、姐姐组成的夫妻档,消息一出令众人又惊又喜!

Featured Thu, 25 Aug 2022

[VIDEO] Terkilan Lihat Ramai Saling Menghina Najib Razak, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran – “Doa Lebih Baik Ya”

Tolonglah jaga diri kita sendiri, tak usahlah kita terlibat – Ustazah Asma’

Hiburan Tue, 6 Feb 2024

Izzue Islam & Forteen Bersatu Kembali Dalam ‘Noktah Epilog Cinta’

Ini bukan berdua bersatu dah ni, ini berempat bersatu!

Featured Mon, 30 Mar 2020
Hiburan Sat, 20 May 2023
Trending Mon, 8 Apr 2019
error: Content is protected !!