Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 16, 2026 @ 3:27pm

Phantom Lawyer Tampil Dengan Kisah Guaman Luar Biasa Di Tonton Mulai 13 Mac

Bayangkan jika klien pertama yang hadir ke firma guaman baharu sebenarnya adalah roh dari alam lain. Situasi luar biasa itulah yang menjadi asas kepada siri drama Phantom Lawyer yang bakal ditayangkan bermula 13 Mac 2026 di platform Tonton, selari dengan siaran di Korea. Drama ini menggabungkan unsur guaman, fantasi, aksi dan misteri dalam sebuah penceritaan yang sarat dengan kejutan.

Drama arahan Shin Joong Hoon ini menampilkan barisan pelakon popular seperti Yoo Yeon Seok, Esom, Kim Kyung Nam, Jun Suk Ho dan Kim Mi Kyung dalam kisah yang mengetengahkan perjuangan menuntut keadilan melangkaui batas dunia manusia.

Phantom Lawyer mengisahkan Shin Yi Rang lakonan Yoo Yeon Seok, seorang peguam yang baru membuka firma guamannya di sebuah rumah lama yang pernah menjadi milik seorang bomoh. Selepas berpindah ke situ, Yi Rang mula menyedari sesuatu yang luar biasa apabila mendapati dirinya mampu melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Keupayaan tersebut secara tidak langsung menarik perhatian roh yang masih menyimpan penyesalan atau urusan yang belum selesai. Mereka mula datang kepadanya sebagai klien dengan harapan Yi Rang dapat membantu menuntut keadilan yang tidak sempat mereka peroleh ketika masih hidup.

Dalam masa yang sama, Han Na Hyun yang dilakonkan oleh Esom merupakan seorang peguam elit dari firma guaman ternama. Na Hyun dikenali dengan reputasi cemerlang serta rekod kemenangan yang hampir sempurna dalam setiap kes yang dikendalikan. Namun perjalanan kerjayanya mula berubah apabila dia tewas kepada Yi Rang dalam satu perbicaraan, kekalahan yang akhirnya mempertemukan mereka dalam pelbagai kes penuh misteri.

Pada mulanya Na Hyun sukar menerima dan mempercayai keupayaan Yi Rang. Namun selepas menyaksikan sendiri kejadian aneh yang sukar dijelaskan dengan logik, Na Hyun mula membuka fikiran dan melihat perkara itu dari sudut yang berbeza. Kedua dua peguam itu akhirnya berganding bahu menyelesaikan pelbagai kes yang bukan sahaja rumit, malah melibatkan rahsia antara dunia manusia dan alam ghaib.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Phantom Lawyer bermula 13 Mac 2026 di Tonton. Drama ini disiarkan serentak dengan Korea dan menampilkan episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 10.30 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 9 May 2021
Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya #Mambonom5 Johan dan Ozlynn

Johan turut menulis caption beserta tanda pagar #mambonom5, comel betul! Tahniah daripada kami buat seluruh keluarga Johan dan Ozlynn Wati. 

Featured Mon, 13 Feb 2023
Trending Tue, 14 Aug 2018

Bapa Positif Dadah Tetak Anak Umur Lima Tahun

Siasatan mendapati suspek adalah peminum tegar air ketum selain saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis Methamphetamine (syabu).

Featured Tue, 6 Apr 2021

RM5 Kadar Zakat Fitrah Wajib Bagi Wilayah Persekutuan, Cara Bayar Zakat Online

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kadar zakat fitrah wajib di Wilayah Persekutuan pada tahun ini ditetapkan sebanyak RM5. Selain itu, kadar RM7 dan RM14 ditetapkan […]

Featured Wed, 14 Jul 2021

Jemaah Menteri Sebulat Suara Sokong Muhyiddin

Ahli Jemaah Menteri hari ini sebulat suara kekal memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Ahli Jemaah Menteri dalam kenyataan ringkas berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Kabinet yang berlangsung […]

error: Content is protected !!