Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 1, 2026 @ 9:55am

Didakwa Mereka Cerita, Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara – “Apa Adik Saya Kata Semua Sahih & Ada Bukti”

Kakak kepada Umisya Mazlan, iaitu Nadia tampil bersuara susulan pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mendakwa adiknya mereka cerita berhubung isu rumah tangga bersama Aslam dan Marissa Dania.

Menerusi perkongsian balas di ciapan Abby, Nadia berkata adiknya, Umisya tidak akan sewenang-wenangnya membuat kenyataan sedemikian tanpa sebarang bukti.

“Sebelum itu saya nak pastikan semula apa yang Kak Abby tulis di atas ni. Pasti ya tak ada bukti dan adik saya mereka cerita?

“Sebab apa yang adik saya tulis semuanya sahih dan ada bukti,” katanya.

Namun begitu, Abby seakan tidak memerlukan sebarang bukti sebaliknya mempersoalkan mengapa isu tersebut dibangkitkan dan dikaitkan semula selepas dua tahun.

“Nak buktikan apa tu? Apa kaitan dengan isu yang dibangkitkan sekarang? Tak ada sibuk nama pihak awak pun sebelum-sebelum ini.

“Tiba-tiba sebut ibu kandung semua tu, nak buktikan apa? Benda dah dua tahun berlaku? Apa nak dibuktikan lagi?,” bidasnya.

“

Sebelum ini, Abby menyelar kenyataan Umisya yang didakwa hanya mereka cerita berhubung isu rumah tangganya bersama Aslam dan masalah poligami dengan anak perempuannya, Marissa Dania.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 1 Nov 2018

Guna Daging Manusia Dalam Hidangan Mee

Bayangkan yang anda sedang menikmati hidangan mee kemudian diberitahu yang ada daging manusia didalamnya. 

Featured Thu, 6 Oct 2022

Gara-Gara Diabetes, Mata Roslan Saleh ‘Dibutakan’ Demi Hilangkan Rasa Sakit Kepala – “Dia Memang Semakin Uzur”

Allahuakbar… beratnya ujian 😥 Semoga Pak Lan dan keluarga diberikan ketabahan 💪

Featured Wed, 24 Jan 2024

Adi 6ixth Sense Dan Azmi Saat Bergabung, Duet Dalam Lagu Jingle Berjudul ‘Wahdinii’

Wah, kalau bulan puasa famous dengan jingle Yusuffff Taiyooob, ni baru pulak Wahdiniiiiiiiii❤️

Trending Sun, 15 Sep 2019

Ditampar Kerana Persoal Parking Kereta !

Zaman apa nie, main nak tampar orang pasal parking? Kena faham dan dengar dari 2 belah pihak

Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Thu, 27 Dec 2018

Mahu Karya Berkualiti, Reyhana Buktikan Dia Bukan Penyanyi Tangkap Muat

Cayalah Reyhana! Biar lambat, asalkan power…

Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Netizens Speculate Han Seohee’s Latest Instagram Post is For BIGBANG’s T.O.P

It seems like Han Seo Hee is making headlines once again…

error: Content is protected !!