Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 6, 2026 @ 2:19pm

Penat Tahan Emosi, Nora Danish Sebak Kongsi Cabaran Bergelar Ibu Tunggal – “Kita Tak Kuat Pun Sebenarnya Tapi …”

Pelakon jelita, Nora Danish tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi cabaran menjadi ibu tunggal terutamanya dalam menahan emosi demi anak-anak.

Kata Nora menerusi temu bual podcast habis cerita yang dihoskan oleh rakannya yang juga penyanyi popular Indonesia, Rossa dan Natasha Haozeir berkata, antara perkara paling sukar menjadi ibu tunggal adalah menyembunyikan keletihan dan berpura-pura kuat.

“Cabaran saya  menjadi singel mother ni adalah, saya rasa menahan keletihan. Sebab nak tunjuk kuat because you know, you are not strong but you have to be strong.

“Tapi the hardest part is, nak menahan emosi yang saya kuat. Itu paling susah pada saya sebab kita tak kuat pun sebenarnya tapi kena tahan,” katanya.

Tambahnya, mengawal emosi menjadi antara ujian paling mencabar yang perlu dihadapinya setiap hari.

“Itu adalah perkara paling penat bagi saya apabila kena menahan emosi supaya saya nampak kuat untuk anak.

“Dan, sampai sekarang saya rasa mereka (anak-anak) tak tahu yang saya sedih,” kongsinya.

Selain itu, Nora memaklumkan anak-anaknya juga seolah-olah tidak dapat merasai kesedihan yang disembunyikan meskipun dia cuba terlihat kuat dihadapan mereka.

“Mereka selalu fikir macam belah sana lebih sedih. Dia kata ‘Mummy, okay je’. Because I never show that saya sedih, kuat je lah.

“Paling susah untuk menjadi single mother adalah to hold your emotion,” jelasnya.

 

@_puisi.malam_ Replying to @Izzati Norliyana ada kerja atau tidak ujian as single mom ni bukan mudah 🥺 Semoga terus kuat ye sis 🤲🏻 @NoraDanish #noradanish #habisceritapodcast #podcast #singlemomlife #fyp ♬ original sound – Nocturnal poetry ✍🏻

Sekadar info, Nora Danish dan Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Nora yang sebelum ini pernah bercerai dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai)  pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 17,  sebelum bercerai pada 2008.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 5 May 2019
Featured Mon, 1 Aug 2022
Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Hiburan Fri, 24 Jan 2025
Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Featured Tue, 7 Dec 2021
Hiburan Tue, 9 Jan 2018

Joy Revfa Jadi Bahan Kecaman?

hanya kerana sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram terus kena kecam

Featured Thu, 8 Feb 2024

“Rasanya Lebih Baik Bertanya Kepada Mereka”- Misya Akhirnya Buka Mulut Isu Aslam, Marissa Kahwin Di Thailand

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Moga Misya terus kuat!

Contest Tue, 21 May 2019

xtra好康头 | 送你《郑伊健演唱会-云顶站》入门票

xtra好康头 送你《郑伊健演唱会》入门票,让你和这位香港超级巨星一起唱响云顶!

error: Content is protected !!