Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 7, 2026 @ 7:50am

“Sis Okay Je, Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastic Boleh Jadi Isu” – Sheila Rusly

Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly tampil memberikan pandangan mengenai isu penggunaan pinggan plastik dalam majlis rumah terbuka yang menjadi perdebatan segelintir netizen.

Menerusi hantaran di Threads, Sheila berkongsi pengalaman menghadiri rumah terbuka di kediaman anak saudaranya yang baru berpindah.

“Saja bagitahu.. semalam beraya rumah anak buah kita makan guna pinggan plastic sebab baru pindah rumah pinggan tak cukup,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Sheila dilihat bersikap santai dan tidak memperbesarkan perkara tersebut, malah menegaskan penggunaan pinggan plastik tidak menjejaskan kenikmatan makanan yang dihidangkan.

“Sis okay jer.. tak mencacatkan rasa nasi lemak yang sedap giler ni. Tak faham kenapa open house guna pinggan plastic boleh jadi isu. Yang penting kita nak present set pinggan mangkuk untuk anak fruit kita. Sekian,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan Menantu Dengan Baik, Netizen Puji Sheila Rusly Ada ‘Class’ – “Dulu Tengok Dia Macam Red Flag”

Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap perbincangan hangat dalam media sosial yang mempersoalkan penggunaan pinggan plastik ketika majlis rumah terbuka, khususnya dalam suasana perayaan.

Pandangan Sheila itu turut mendapat perhatian ramai, dengan sebahagian netizen bersetuju bahawa aspek keselesaan dan kemudahan tuan rumah lebih utama berbanding persepsi luaran.

Pada masa sama, isu tersebut turut membuka perbincangan lebih luas mengenai norma penganjuran rumah terbuka dan jangkaan tetamu terhadap penyediaan tuan rumah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 Nov 2018

#SFMM33: Buat Kejutan, Penonton ‘Ternganga’ Tengok Syamel Menari

Kemunculan penyanyi berusia 25 tahun itu mendapat tepukan gemuruh semalam apabila dilihat mempamerkan persembahan luar biasa.

Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Hiburan Thu, 17 Jul 2025
Hiburan Sat, 6 Jan 2024
Featured Mon, 5 Sep 2022

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Biasalah kena lah tegas dalam mendidik anak-anak kan nanti manja pulak..

Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Pujuk Isteri, Ada Apa Dengan Tajul?

Terus-terang, saya mohon maaf kepada isteri…

error: Content is protected !!