Hiburan By: Salma Syahbuddin December 26, 2017 @ 11:05am

2018 DIJANGKA TAHUN LEBIH INDAH AMAR BAHARIN

Semenjak mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita Amyra Rosli, nama Amar Baharin dikatakan senyap seketika dalam dunia hiburan tanahair.  Amar menjelaskan dia masih ada dalam industri namun dia kini busy mengikuti setiap perkembangan anak sulungnya iaitu Aqeef Anaqi. 

Amar Baharin bersama anaknya, Aqeef Anaqi

“sebenarnya saya sekarang ni drama yang telah ditayangkan di tonton, 15 episod tapi selepas habis je Kalis Kasih punya penggambaran, saya terus decide untuk bercuti sampai bulan 12 ni sebab menunggu detik-detik bahagia Amyra melahirkan anak”

“dan saya sebenarnya ada banyak tawaran-tawaran pada bulan itu tapi saya dah decide untuk tidak bekerja jadi terpaksa menolak tawaran tersebut kerana fokus terhadap kandungan Amyra”

Amar dan Amyra ketika Aqeef Anaqi masih dalam kandungan

Namun, Amar juga mengakui tahun 2018 merupakan tahun yang sangat sibuk bagi dirinya mahupun Amyra. Kerana, beliau sudah menerima tawaran berlakon drama bersiri 100 episod yang akan memulakan penggambaran nya pada Januari nanti.

” dan In shaa allah 2018 saya jangka agak sibuk sebab sekarang pun dah bermula satu tawaran drama 100 episod yang akan bermula pada januari nanti jadi saya rasa jadual tu agak padat dan saya dan Amyra bersama-sama akan membusy kan diri lepas anak dah sedikit besar” 

Amar, Amyra dan bayi sulung mereka

Di tanya mengenai harapan Amar menjelang 2018, Amar berharap agar anaknya membesar dengan sihat dan kariernya bersama Isteri semakin berkembang. Memandangkan tahun 2017 ini kedua-duanya banyak berehat dari dunia lakonan.

“dalam 2018 saya rasa banyak benda-benda yang indah saya akan tengok, perkembangan dia dan dari segi karier saya harapkan ada sesuatu yang boom terjadi dalam 2018 sama ada saya ataupun isteri saya”

So, kepada semua peminat Amar Baharin yang rindu untuk melihat pelakon kesayangan mereka ini beraksi, bolehlah menonton Kalis Kasih hanya di tonton.com.my!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Aug 2018

Nora Danish Jawab Isu Pengasuh Dera Kanak-Kanak

Seiring dengan kes penderaan yang kini semakin menjadi-jadi, pelakon, Nora Danish berharap pihak berkuasa membuat tindakan ke atas kes tersebut.

Hiburan Wed, 20 Dec 2017

Azwan Ali ke SPRM bawa apa tu?

Saya berharap dengan penyerahan dokumen dan laporan ini ia dapat membantu SPRM menjalankan siasatan- apa yang di bawa tu oleh Azwan Ali

Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

Hiburan Tue, 19 Nov 2019

Berlepas Ke Tanah Suci Pagi Tadi, Zaquan Adha Mohon Doa Peminat

Semoga semuanya berjalan lancar, Aminn.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
TECH Tue, 10 Apr 2018

Petaling Jaya Peeps, Paying for Parking Has Just Become Super Easy

It’s all thanks to this cool app which you can also use to pay your summonses!

Hiburan Sat, 13 Apr 2019

Comelnya Buah Hati Ketiga Khai-Rosma!

Syukur Alhamdulillah. Anak perempuan kami Nur Alya Dhania selamat dilahirkan semalam 11.04.2019 jam 1.48 pm berat 2.8 kilogram.