Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 8, 2026 @ 10:34am

“Kau Ingat Kau Famous Sangat Ke Kami Nak Tumpang Kau” – Kamal Adli Ajak Tareq Fit Bersemuka

Pelakon Kamal Adli tampil membalas kenyataan jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataannya menerusi temu bual audio siar yang tular di platform TikTok.

Kata Kamal, kenyataan Tareq yang mendakwa golongan artis hanya mahukan perhatian (engagement) untuk meraih publisiti adalah tidak tepat.

“Artis-artis ni kebanyakannya mereka nak engagement, nak batu api… Dia tak kisah positif atau negataif. Janji aku nak followers, janji nak engagement.

“Sebab bila engagement dia tinggi ramai orang akan hire dia macam buat paid review, market dia akan naik. Terutamanya seorang yang ‘ketua Threads.

“Dia suka provok untuk naikkan nama dia, lepastu bila nama dia dah naik.. so dia akand apat tawaran atau peluang untuk dapat job. Yang ni berhati-hati.

“Ketua kena utamakan siapa-siapa yang insyaa-Allah  ikut pandangan kau, istiqamah dengan Allah, Bukan istiqamah tayang aurat atau buat content mengarut, istiqamah buat content haram,” katanya.

 

View on Threads

 

Enggan berdiam diri dengan kenyataan tersebut, pemilik nama lengkap, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 39, berkata, golongan artis tidak mengharapkan sebarang publisiti daripada Tareq untuk melonjakkan nama mereka sekali gus mengajak jurulatih kecergasan itu untuk bersemuka.

“Salam rakyat. Ada org salah bual ni. Kami yang nak engagement? Kau sure ke Arab?

“Kau ingat kau famous sangat ke kami nak tumpang kau? Kau siapa?

“Bukan kau ke bila kau sendu kau cari salah orang untuk jual ebook kau? Kau yang koyak gila kita orang tak heran pun sapa kau. Jom jumpalah brother.

“Salah bual ni. Salah besar kami sebab wujudkan kau. Pandainya bercakap. Kenapa kau blok aku? Kau kutuk hina orang lepas tu kau nak cakap macam ni? Okay lah dapat panggil podcast,” katanya.

Artikel Berkaitan:“Tugas Kita Amar Maaruf Nahi Mungkar, Aku Tak Cari Salah Sesiapa”- Tareq Fit Pertahan Diri, Balas Kata-Kata Kamal Adli & Remy Ishak

Artikel Berkaitan:Giliran Aeril Zafrel Kena ‘Sound’ Tareq Fit, Minta Jangan Jadi Lelaki Dayus – “Tolong Hadkan Tayang Aurat Rumah Kau”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 28 Oct 2025
Featured Wed, 9 Aug 2023

35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Kita doakan yang baik-baik. moga apa yang dipilih adalah yang terbaik untuk semua pihak💖

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Tahniah! Siti Sairah Mengandung Lagi

“Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rohim. 2nd checkup. Wahai anak. Menantikan saat indah, walaupun hati berdebar..” tulis Sairah berserta foto imbasan ultrasound hitam putih.

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Trending Wed, 10 Apr 2019

灵异专家告诉你《10个你家有鬼的迹象》

虽然科技逐渐发达,很多人也不相信有鬼的存在,然而层出不穷的闹鬼事件和都市传说,还是不断的被发现,令人毛骨悚然……

Trending Wed, 19 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Menurut […]

error: Content is protected !!