Euforia Bola 2026
Hiburan By: Afiq Kandi April 13, 2026 @ 2:49pm

Impian Hidup Mewah Jadi Pembakar Semangat, Zoey Rahman Teroka Dunia Pelaburan

Pelakon terkenal, Zoey Rahman mengakui impian untuk menikmati kehidupan mewah menjadi antara faktor utama yang mendorong dirinya untuk terus mencari peluang baharu dalam menjana pendapatan.

Menurut Zoey usaha menambah sumber kewangan bukan hanya untuk kesenangan diri sendiri, malah demi membantu dan membahagiakan keluarga tercinta.

“Selama ini saya melihat ramai individu yang berjaya dan hidup mewah. Siapa yang tidak mahu mengejar kehidupan sebegitu. Bukan untuk diri sendiri sahaja, saya juga mahu memberi kesenangan kepada orang lain, terutamanya keluarga,” katanya.

Tidak mahu terus berada di zon selesa, Zoey kini mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan sejak Februari lalu.

Katanya, bidang tersebut dilihat sebagai satu cabang baharu yang berpotensi untuk menjana ekonomi dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, Zoey menegaskan dia tidak akan sesekali meninggalkan kerjaya seni yang sudah sebati dengan dirinya.

“Sebenarnya pelaburan ini boleh dibuat pada bila-bila masa. Jadi saya perlu bijak membahagikan masa supaya tidak mengganggu kerjaya seni.

“Saya serius mencuba bidang baharu ini, tapi tidaklah sampai tinggalkan dunia lakonan,” ujarnya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Prediktable Circle, pada Sabtu.

Pada majlis tersebut, Zoey yang diumumkan sebagai rakan strategik akademi berkenaan yang sudah berusia 3 tahun.

Prediktable ditubuhkan tiga tahun yang lepas oleh pengasas dikenali sebagai Kaktie bersama pengasas bersama lain yang terdiri daripada Umair Azman, Nazrul Hakiim dan Akram Ghani.

Dalam masa sama, Zoey turut melihat keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sebagai satu ‘wake-up call’ untuk dirinya lebih bersedia menghadapi masa depan.

“Kalau kita lihat keadaan ekonomi sekarang pun tidak menentu. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi dengan perniagaan yang saya usahakan. Jadi saya perlu bersedia dan berani mencuba sesuatu yang berbeza,” jelasnya lagi.

Nampaknya, langkah berani Zoey ini bukan sahaja membuka peluang baharu, malah membuktikan dirinya sentiasa berusaha untuk berkembang demi masa depan yang lebih stabil.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Feb 2024
Hiburan Fri, 25 Nov 2022

“Air Mata Baru Nak Keluar, Sekali Azal Buat Hal…” – Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zarina Zainuddin & Azal Azrai

Pasti ramai yang tahu pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi berkenaan perkembangan anak-anaknya. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh akaun TikTok @sugehresort yang memaparkan rakaman Zarina sedang bertanya kepada anaknya, Azal Azrai jikalau […]

Hiburan Sun, 30 Sep 2018

Hamil Anak Keempat, Nourul Wahab Mengidam Kuih Tradisional

Dalam perkembangan lain, Nourul bakal terbang ke Paris November depan bagi urusan pengedaran album berbahasa Perancisnya, Humaine. Good Luck Kak Nourul!

Featured Thu, 25 Sep 2025

Duet Lagu ‘Ruang Baru’ Bersama Barsena Bestandhi, Netizen Puji Vokal Aina Abdul Mendamaikan

Rata-rata warganet memuji vokal Aina yang tenang dan mendamaikan.

Hiburan Thu, 24 Jul 2025

Asia Championship 2025: Pentas Tinju, Dunia Digital Bertembung 18 Oktober Ini

Asia Championship 2025 bakal berlangsung 18 Oktober ini!

Hiburan Sat, 17 May 2025
Hiburan Wed, 2 Oct 2019

Diusik ‘Used Car’, Elly Mazlein Minta Maaf Dengan Bakal Suami

Harap tak berulang lagi kes begini di masa depan ok?

error: Content is protected !!