Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 15, 2026 @ 9:30am

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Penyanyi, Ariff Bahran meluahkan rasa terkilan apabila langkahnya menceburi dunia perniagaan dipandang rendah segelintir pihak, susulan insiden menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan kerugian besar mencecah RM425,000.

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

“Semua orang bermula dari bawah. Dalam perjalanan itu, kita mungkin akan ditipu, jatuh dan kemudian bangkit semula.

“Tapi itu bukan sebab untuk kita merendah-rendahkan orang lain yang baru nak bina nama. Saya baru nak naik, tapi usaha saya dipandang rendah seolah-olah tak layak.

“Jangan sampai ada anggapan nak bawa masuk kumpulan seperti Sheila On 7 pun perlu melalui ‘pintu’ tertentu sahaja. Kalau saya mampu, apa salahnya?” katanya.

Ariff berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Seloka Lebaran 2026, pada Isnin.

Dalam masa sama, pelantun lagu Kata Akhirmu ini mengakui insiden berkenaan meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan dia trauma.

“Saya jadi takut nak anjur konsert. Kalau perkara ini tak berlaku, mungkin saya dah aktif buat konsert untuk rakan-rakan.

“Memang ada impian nak bawa masuk konsert dari Indonesia, tapi sekarang semuanya terpaksa ditangguhkan.

“Saya perlu selesaikan isu ini dahulu. Lepas itu barulah saya mula semula dengan perancangan yang lebih teliti,” katanya.

Mengulas lanjut, Ariff berkata sebelum ini individu berkenaan beberapa kali berjanji untuk membuat pembayaran, namun semuanya berakhir dengan alasan dan penangguhan tanpa hasil.

“Sampai hari ini masih tiada bayaran. Janji ada, tapi asyik ditangguhkan. Saya dah dedahkan identiti mereka. Saya cuma mahukan hak saya dipulangkan.

“Jumlah itu tunggu dari Ramadan sampai Raya, tapi masih tiada penyelesaian. Saya harap pihak berkuasa dapat bertindak segera,” katanya.

Terdahulu, Ariff mendedahkan dirinya kerugian hampir setengah juta ringgit selepas dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai penganjur konsert bagi membawa masuk kumpulan popular Indonesia, Sheila On 7 ke Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Wed, 4 Sep 2019

Amukan Che Ta..Jangan Main-Main!

Pasai apa marah sangat ni??

Hiburan Mon, 16 Feb 2026
Hiburan Fri, 22 Nov 2019

The Void Avengers Damage Control Pastinya Luar Biasa!

Pengalaman virtual realiti yang memang gempak!

Featured Fri, 8 Nov 2024

Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

Janna mengaku bahawa dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.

Featured Tue, 16 Nov 2021

“Budak Tu Elok Je Dok Guling, Sekali…” – Video Anjing Kejar Budak Viral Di Tiktok

Sebuah klip video memaparkan seekor anjing jenis Corgi yang tidak diikat dengan tali berlari ke arah seorang budak perempuan viral di aplikasi TikTok. Video tular itu dimuat naik oleh seorang pengguna bernama @queeniejasia, berkongsi mengenai […]

Trending Sat, 2 May 2020

Sekolah Tidak Akan Dibuka Isnin Ini- KPM

Buat yang bakal menduduki peperiksaan..

error: Content is protected !!