Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 16, 2026 @ 7:55am

Jabat Erat Fringe Arts Festival Himpun Penggiat Seni

Penganjuran Jabat Erat atau Festival Kesenian Frinjan yang bakal berlangsung Jun ini mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat seni tempatan. Festival anjuran Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd. ini bukan sekadar acara biasa, sebaliknya digerakkan sebagai inisiatif tahunan yang meraikan budaya seni sepanjang tahun.

Pengarah Urusan Rockstation Event & Entertainment Sdn. Bhd., Mozylir Mokhtarudin menjelaskan festival ini membawa semangat D.I.Y ke tahap lebih menyeluruh merangkumi produksi muzik, jualan merchandise, jelajah band hingga ke pelaksanaan acara secara kendiri.

“Festival ini menjadi platform rangkaian untuk Malaysia, Asia Tenggara dan juga peringkat global. Kami himpunkan penganjur independent, venue, peminat, band, label, pemain lama dan juga bakat baharu dalam pelbagai genre muzik,” katanya.

Menurutnya, acara tersebut akan berlangsung di Odeon KL dengan hasrat menjadikan lokasi berkenaan sebagai pusat budaya Fringe Arts yang terbuka kepada semua lapisan umur.

“Kami pilih Odeon KL kerana mahu mengangkatnya sebagai hab budaya Fringe Arts. Ia ruang untuk semua, terutama belia, dengan penekanan kepada hiburan yang selamat, berasaskan komuniti tetapi masih mengekalkan elemen asli.

“Sebagai festival yang masih baharu, kami mahu membina identiti ini seiring pembukaan semula Odeon KL yang cukup ikonik,” katanya.

Festival ini turut menjadi platform untuk mengetengahkan bakat tempatan ke peringkat antarabangsa, selain membuka ruang pertukaran budaya dalam dunia muzik dan seni.

Lebih 20 artis termasuk dari luar negara dijangka membuat persembahan seperti Yellow Fang dari Thailand, Dom 65 dari Indonesia, Megumi Acorda dari Filipina serta Coaltar of the Deepers dari Jepun, selain barisan artis tempatan merangkumi pelbagai genre seperti rock, punk, shoegaze, metal dan indie.

Mozylir menambah, festival ini juga berperanan sebagai medium perkongsian ilmu dalam kalangan komuniti seni.

“Inilah masa untuk kita beri inspirasi kepada generasi pemuzik sekarang dan akan datang sambil berkongsi ilmu dengan penggiat dari luar negara.

“Jabat Erat diwujudkan sebagai ruang untuk band indie, penganjur kecil dan sederhana, label serta artis bebas berkongsi pengalaman dengan komuniti dan orang awam.

“Kami juga mahu tunjuk realiti kehidupan band yang menjelajah dari satu tempat ke tempat lain, selain membuka peluang kepada perniagaan tempatan untuk sama-sama terlibat,” katanya.

Festival Jabat Erat dijadualkan berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Jun 2026 di Odeon KL. Tiket pra-jualan ditawarkan pada harga RM118, RM178 dan RM218, manakala jualan umum bermula dari RM138 hingga RM238.

Dalam perkembangan sama, Odeon KL turut menjalinkan kerjasama strategik dengan platform tiket, Loket MY bagi memperkukuh ekosistem industri kreatif tempatan.

Melalui kerjasama ini, Loket akan bertindak sebagai rakan rasmi tiket bagi acara di lokasi tersebut, sekali gus meningkatkan pengalaman penganjuran dan kemudahan kepada pengunjung.

Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi laman rasmi festival.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Oct 2018

Maut Makan Laksa, KKM Sahkan Mi Laksa Mengandungi Salmonella!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling di Kedah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Trending Mon, 2 Jul 2018

Jijik! Cabul Pelajar Kolej Di Tiga Lokasi Berbeza

Hari Raya Kedua orang sibuk beraya, lelaki ini sibuk mencabul pula. Kan dah kantoi!

Hiburan Thu, 8 Aug 2024

Azhan Rani Berbesar Hati Jayakan Teater Sentuhan Bekas Pelajar

Teater ini mendapat sentuhan dua orang bekas pelajar Azhan Rani.

Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Hiburan Fri, 5 Jul 2019

Tanya Soalan Kepada Bekas Isteri, Aliff Aziz Didakwa Cari Publisiti?

Apapun, kita doa yang baik-baik untuk mereka.

Trending Fri, 12 Feb 2021

“5 Tahun Kahwin, Tak Pernah Honeymoon Dengan Syatilla” – Shaheizy Sam

Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendedahkan mereka tidak pernah berbulan madu walaupun sudah lima tahu mendirikan rumah tangga. Menyambut ulang tahun perkahwinan pada 8 Februari lalu, Sam dan Tilla sepatutnya bercuti namun […]

Featured Thu, 3 Nov 2022
error: Content is protected !!