Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 8, 2024 @ 9:34pm

Azhan Rani Berbesar Hati Jayakan Teater Sentuhan Bekas Pelajar

Pelakon berbakat, Azhan Rani berbesar hati menjayakan pementasan teater berjudul Andak Bertandak yant mendapat sentuhan dua bekas pelajarnya, Azhar Zainal dan Fasyali Fadhli.

Diterbitkan oleh Mask Team, menerusi teater itu Azhar bertindak sebagai pengarah manakala Fasyali sebagai penulis skrip dan kedua-duanya adalah bekas pelajarnya ketika menuntut di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Perasaan sudah tentu bercampur baur kerana tak percaya dulu mereka berdua ini selalu tunggu arahan saya, tapi sekarang saya kena ikut kehendak mereka.

“Sebagai pelakon saya memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka memandangkan keduanya sudah profesional dalam bidang ini.

“Jadi saya buang ke tepi sebagai individu yang pernah menjadi tenaga pengajar dan pengarah mereka.

“Malah saya cuba ‘korek’ segala idea dan semangat adrenalin orang muda ini. Saya biarkan mereka berkarya dan ikut apa yang dimahukan. Ini masa mereka untuk keluarkan apa yang mereka miliki dan saya ambil ‘barang’ mereka,” katanya.

Menurut Azhan, dia berharap Azhar dan Fasyali yang kini merupakan Dekan Fakulti Teater, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) terus menjadi nama-nama penting dalam pementasan teater.

“Mula-mula agak susah nak percaya tapi saya kena terima hakikat ini. Dalam masa sama terharu sebab mereka kini sudah mampu memberi arahan selain pakar dalam bidang masing-masing.

“Saya sangat kagum dan mengharapkan mereka terus menjadi nama-nama penting dalam seni pementasan teater atau pun drama,” katanya.

Dalam pada itu, Azhan berkata, selepas lapan tahun tidak terbabit dalam pementasan teater dia akhirnya terbuka hati untuk menerima tawaran teater Andak Bertandak.

“Kali terakhir saya terbabit dalam pementasan teater adalah pada tahun 2016 menerusi teater Muzikal Randai Cindua Mato di Istana Budaya.

“Selepas itu, saya tidak terbabit dalam mana-mana pementasan, cuma sesekali dapat menghadirkan diri sebagai penonton.

“Sebenarnya kalau ikutkan saya agak keberatan untuk sertai teater ini kerana jadual seni saya agak padat disebabkan terikat dnegan penggambaran drama bersiri di Johor.

“Dalam masa sama, saya juga perlu membahagikan masa untuk menghadiri latihan. Jadi pada awalnya saya terpaksa tolak tawaran ini, tapi disebabkan Mask Team tidak berhenti memujuk kerana mahukan saya terbabit dalam teater ini selain sanggup mengatur jadual saya membuatkan saya terharu dan bersetuju.

“Tambah pula ini bukan kali pertama tawaran daripada Mask Team. Sebelum ini pun mereka ada mempelawa saya dalam pementasan teater Maduku Kalut,” katanya.

Teater Andak Bertandak bakal dipentaskan pada 29 Ogos hingga 1 September depan di Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC).

Selain Azhan, pelakon lain yang terbabit ialah Ellie Suriaty, Riena DIana, Jay Iswazir, Dottie, Aizat Saha, Fadhli Masoot dan Razman Mahayuddin.

Tiket menyaksikan teater Andak Bertandak sudah dijual secara atas talian di www.cloudjoi.com dengan harga tiket bermula RM65, RM95, RM125, dan RM155.

Teater Andak Bertandak mengisahkan kehidupan keluarga Andak serta masyarakat di sebuah kampung yang percaya kepada perkara tahyul sehingga menolak perubatan moden tanpa sebab yang munasabah.

Teater yang mempamerkan nilai komersial yang tinggi serta sarat dengan mesej kemasyarakatan dan kekeluargaan ini akan disampaikan dalam gaya penceritaan yang ringan dan dekat dengan penonton. Biarpun bergenre farce comedy, teater Andak Bertandak diharapkan mampu meninggalkan kesan  mendalam kepada penonton yang hadir.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Siti Nurhaliza Terima Anugerah Khas Biduan Negara Sempena Anugerah Seni Negara 2024

Tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza, penerima Anugerah Khas Biduan Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024.

Trending Tue, 10 Dec 2019

We Lovin It! McDonald’s Introduces Brand New Chocolate Oreo Ice Blended

We heard that it taste even better than Starbucks Frappucino…

Featured Sun, 29 Jun 2025
Featured Sat, 11 Dec 2021
Featured Tue, 18 Nov 2025

Perempuan Hanya Kemas Rumah & K*ngkang? Mekyun Bidas Kenyataan DMA Islam – “Lelaki Macam Ni Punca Wanita Hilang Respect”

Mekyun berkata, tindakan itu sebagai mentaliti lapuk dan merendahkan martabat wanita.

Trending Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Mon, 12 May 2025

“Mama, Mana Makanan Kakak? Ayam Tadi Sedap” – Kisah Nasi Dibuang Undang Air Mata Ayu Hot FM, Mahany Dedah Luahan Hati Anak

Video Mahany yang menangis menceritakan pengalaman ketika dia membeli sepinggan nasi berlauk ayam untuk anak-anak menyentuh hati.

Trending Tue, 3 Jul 2018

「高人」都会遇到的14个尴尬局面

或许大家会觉得个子长得高有很多的好处,如:换电灯泡、人潮中「独享」新鲜空气、拿摆在高处物品之类的。其实「高人」在生活上也有很多尴尬的时刻……

Events Wed, 18 Jan 2023
error: Content is protected !!