Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 16, 2026 @ 11:30am

“Saya Tak Lagi Bertolak Ansur Dengan Perkara Yang Tak Selesa Hanya Untuk Sesuaikan Diri” – Syamim Farid

Pelakon Toh Puan Syamim Freida mengakui, dia kini tidak lagi mengejar untuk menjaga sesebuah perhubungan ataupun persahabatan.

Katanya, dia lebih selesa memilih lingkungannya berbanding membuang masa untuk mencipta keserasian dengan kenalan baharu.

“Pada tahap hidup saya sekarang, saya tidak lagi rasa perlu memaksa sesuatu hubungan. Kalau serasi, kita serasi. Kalau tidak, itu pun tak mengapa.

“Memilih bukan bermaksud menjauh, tetapi tanda menghargai diri sendiri. Saya juga tidak lagi bertolak ansur dengan perkara yang tidak selesa hanya untuk menyesuaikan diri,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Mengulas lanjut, pelakon drama rantaian Sekali Lagi Cinta Kembali itu menegaskan dia tidak mahu lagi membazir waktu untuk berkawan dengan golongan yang sekadar mengambil kesempatan dalam persahabatan.

“Saya kini lebih berhati-hati dan memilih kepada siapa saya memberi tenaga. Saya lebih rela mempunyai lingkaran kecil yang boleh dipercayai daripada sekadar membesarkannya tanpa makna.

“Kerana akhirnya, populariti dan status mungkin memperkenalkan kita kepada ramai orang. Tetapi hanya hati yang ikhlas akan menunjukkan siapa yang benar-benar tulus,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Gambar Wanita Mirip Emma Maembong Beraksi Lucah Tersebar?

Agak-agak la nak edit pun adoi. Tak payah la korang nak buat dosa edit…

Trending Thu, 28 Feb 2019

Dari tukang cuci ke pelakon wanita terbaik Oscar, Olivia Colman cipta sejarah

Ini pencalonan dan kemenangan pertamanya di anugerah ini.

Trending Thu, 15 Aug 2019

Polis Dedah Punca Kematian Sebenar Nora Anne, Bocor Usus Akibat..

Susulan kematian gadis warganegara Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun yang hilang sewaktu bercuti di The Dusun Hill Pantai, Negeri Sembilan bersama keluarganya berakhir dengan kematian apabila mayatnya dijumpai tidak jauh 1.5 kilometer dari resort […]

Trending Fri, 22 Apr 2022
error: Content is protected !!