Euforia Bola 2026
Filem By: Padin April 21, 2026 @ 7:15pm

Makin Laku! Terus Jadi Pilihan, Amir Nafis Kembali Bawa Watak Antagonis Dalam Filem Konspirasi

Nama pelakon Amir Nafis semakin menjadi sebutan apabila terus diberi kepercayaan membintangi beberapa filem baharu tahun ini, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pelakon yang versatil di layar perak.

Terbaharu, Amir tampil dengan filem Konspirasi yang dijadualkan menemui penonton bermula 21 Mei 2026, menerusi watak antagonis yang sarat dengan emosi dan intensiti.

Ini bukan kali pertama Amir membawakan karakter sedemikian. Sebelum ini, dia turut mencuri perhatian menerusi filem Blood Brothers bersama Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Syukri Yahya, yang membuka lebih banyak peluang untuknya mengembangkan bakat lakonan.

Dalam Konspirasi, Amir sekali lagi menghidupkan watak antagonis dengan pendekatan yang lebih matang dan natural, mencerminkan perkembangan lakonannya yang semakin kukuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Nafis Dedah Tiada Tawaran Berlakon Drama, Tegas Bukan Pelaris Filem Box Office – “Allah Tentukan Rezeki”

Filem ini turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal dan Che Puan Sarimah Ibrahim, sekali gus menjadikan naskhah ini antara yang dinanti-nantikan.

Berkongsi mengenai watak dibawakan, Amir mengakui dia semakin selesa meneroka sisi antagonis yang dianggap memberi ruang lebih luas untuk mencabar kemampuan diri.

“Watak antagonis bagi saya sangat menarik sebab ia beri peluang untuk saya eksplorasi emosi yang lebih kompleks. Dalam Konspirasi, saya cuba bawakan karakter ini dengan cara yang lebih terkawal dan realistik,” katanya.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini membawa penonton menyelami dunia berisiko tinggi sekumpulan ejen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang sedang memburu seorang pengganas siber berbahaya.

Amir turut melihat peluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman sebagai satu ruang untuk terus belajar dan meningkatkan kualiti lakonan.

“Bila bekerja dengan pelakon hebat, kita sendiri rasa tercabar untuk bagi yang terbaik. Itu yang buat saya lebih fokus untuk perbaiki setiap aspek lakonan,” katanya.

Dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran, Konspirasi menjanjikan gabungan aksi, emosi dan penceritaan yang lebih mendalam.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 Mei 2026 dan dijangka menjadi antara naskhah tempatan yang mencuri perhatian tahun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Nov 2024

Mengaku Ada Teman Rapat, Alif Hadi Belum Sedia Jalin Hubungan Cinta – “Tiada Siapa Boleh Ganti Yasmin Hani”

Alif mendedahkan tidak ada siapa yang boleh menggantikan bekas kekasihnya itu.

Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Wed, 9 Oct 2019

“Terima Kasih Tuhan” Shakilla Khoriri Luah Rasa Syukur Saat Imbau Zaman Susah

Semoga Kisah Shakilla ini jadi inspirasi buat semua

Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Faizal Tahir Cipta Lagu Baru Untuk Siapa Di Mentor Millenia?

Lagu Faizal Tahir untuk siapa ya? Jangan lupa saksikan Mentor Milenia Akhir pada Ahad ini jam 9 malam di TV3! 

Featured Tue, 4 Jun 2024

Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

Saya mengesahkan berita yang tersebar bahawa saya tidak lagi mewakili kedua ibu bapa Allahyarham Zayn – Peguam

error: Content is protected !!