Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi April 14, 2023 @ 8:00pm

Sedang Berkawan Rapat Dengan Seorang Wanita, Sharnaaz Ahmad Mengaku Segan Cerita Kisah Peribadi

Pelakon Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia kini sedang berkawan rapat dengan seseorang wanita namun enggan bercerita lebih mengenai itu.

Menurut Sharnaaz atau nama lengkapnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, dia mengakui segan untuk menjaja kisah peribadinya selaras dengan faktor usianya kini.

“Memang saya ada berkawan dengan seseorang. Tetapi saya tak mahu jadi macam kisah sebelum in dengan terlalu bercerita soal peribadi.

“Saya akan cerita bila sudah betul-betul sah nanti. Usia sekarang pun semakin meningkat, jadi segan nak bercerita. Biarlah artis muda kongsi kisah peribadi mereka pula, saya dah rasa semua itu dahulu,” katanya.

Biarpun bergelar seorang duda, Sharnaaz berkata dia mahukan kesempurnaan dalam hubungannya kali ini tetapi enggan meletak harapan tinggi.

“Apabila bergelar duda, dah jadi macam penyakit apabila kita mencari kesempurnaan pada pasangan baharu. Saya sendiri sedar diri ini tidak sempurna. Rasa takut hubungan kali ini tak menjadi sebab salah sendiri.

“Saya pun kenalah sedar diri sendiri. Saya pernah berkahwin dan juga pernah melakukan kesilapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz turut memohon agar khalayak dapat menjaga sensitiviti bekas isterinya, Noor Nabila Mohd. Nor apabila ada yang mendoakan mereka kembali bersama.

Malah, mahu berusaha memberikan yang terbaik dalam membesarkan anak tunggal mereka, Jebat Jayden.

“Walaupun doa itu yang baik-baik, kenalah fikir sensitiviti. Dia masih isteri orang. Kena fikir soal suaminya juga.

“Saya dan Nabila sekarang bagaikan satu pasukan dan fokus kami hanya untuk membesarkan anak bersama.

“Kami tidak mahu anak merasakan kurang kasih sayang ibu bapa, jelasnya.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Noor Nabila Mohd. Noor pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia lima tahun.

Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac 2021.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Oct 2025

XTRA XSTAR 2025: 5 Peserta Paling ‘Meletop’ Dengan Tontonan Video Tertinggi

Pencarian bakat paling hangat #xtraxstar2025 kini semakin meriah apabila persaingan peserta kian sengit dengan pelbagai persembahan kreatif dan luar biasa.

Featured Tue, 5 Nov 2024

“Nak Hidup Mewah, Sondol Suami Orang” – Elvina Mohamad

Elvina menganggap penyondol yang menjadi perosak rumah tangga dan sanggup menjadi orang ketiga dalam sebuah perhubungan dianggap sebagai memiliki fikiran yang singkat.

Trending Sat, 16 Oct 2021

“Pelakon Kurang Followers Pun Kami Okay, Asalkan…” – Penerbit Tak Kisah Jika Artis Tiada Akaun Media Sosial

Pengarah Urusan dan Penerbit syarikat produksi Dream At Work, Muhammad Razlan Ismail tidak mempunyai sebarang halangan untuk menjalin kerjasama dengan pelakon yang tidak mempunyai pengikut yang ramai ataupun artis yang tidak mempunyai akaun media sosial. […]

Featured Tue, 7 Jan 2025
Hiburan Thu, 29 Sep 2022

Uqasha Senrose Beri Bunga Pada Kamal Adli, Netizen Teringin Nak Kahwin

Bestnyaaa 🥰 Sweet betul lah pasangan suami isteri ni! 😍

Featured Wed, 30 Oct 2024

Bakal Keluar Single, Ira Kazar Tak Kisah Dikecam… Terguris Bila Bapa ‘Diserang’ Netizen

Siapa je suka ahli keluarga lebih lagi mak ayah terpalit gosip panas pastu kena kecam kan? 😎

error: Content is protected !!