Euforia Bola 2026
Trendsetter By: Padin April 23, 2026 @ 6:47pm

Teh Tarik & Onde-Onde Melangkah Ke Pentas Antarabangsa! Sentuhan Malaysia Jadi Tarikan Global

Dua ikon makanan tempatan, Teh Tarik dan Onde-onde, kini melangkah ke pentas antarabangsa apabila dipilih sebagai elemen kosmetik dalam permainan mudah alih popular dunia, CookieRun: OvenSmash.

Permainan yang dibangunkan oleh Devsisters itu merupakan sebahagian daripada francais CookieRun yang sudah mencuri perhatian global sejak 2009 menerusi karakter biskutnya yang unik dan menghiburkan. Setakat ini, francais tersebut berjaya mengumpul lebih 300 juta pemain di seluruh dunia, selain pernah bekerjasama dengan nama besar seperti BTS serta produksi terkenal seperti Wicked.

Edisi terbaharu ini tampil sebagai permainan aksi masa nyata berbilang pemain yang mencetuskan fenomena sebaik sahaja dilancarkan secara global pada Mac 2026. Dalam tempoh tiga hari sahaja, ia berjaya melepasi satu juta muat turun dan pantas mendaki carta popular di Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Mengukuhkan lagi kehadirannya, permainan ini kini dilancarkan secara rasmi di Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau bermula 23 April, dengan muat turun percuma tersedia kepada pengguna. Sempena pelancaran tersebut, pihak pembangun memperkenalkan item kosmetik khas mengikut pasaran, termasuk elemen tempatan dari Malaysia dan Singapura yang mencuri tumpuan pemain.

Bagi rekaan Teh Tarik, ia diinspirasikan daripada gaya pembungkusan ikat tepi yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia, lengkap dengan tali pengikat berwarna yang menyerlahkan identiti minuman jalanan itu. Sementara itu, Onde-onde pula diolah berdasarkan ciri daun pandan dan inti gula melaka, kemudian diterjemahkan menjadi aksesori permainan yang comel dan berkarakter.

Sejak pra-pendaftaran dibuka pada Mac lalu, permainan ini sudah merekodkan lebih satu juta pendaftaran di rantau Asia Tenggara, Taiwan, Hong Kong dan Macau. Sebagai tanda penghargaan kepada pemain, pihak pembangun memaklumkan item kosmetik Teh Tarik akan diberikan secara percuma kepada semua pengguna dalam permainan.

“Sebagai menghargai sokongan luar biasa daripada pemain, kami menyediakan item Teh Tarik secara percuma supaya semua orang boleh menikmati sentuhan tempatan ini dalam permainan,” menurut pihak pembangun.

Dengan gabungan elemen budaya tempatan dalam francais global, CookieRun: OvenSmash menawarkan pengalaman berbeza kepada pemain di Malaysia. Permainan ini kini boleh dimuat turun secara percuma, sekali gus membuka peluang kepada pemain tempatan untuk menyertai aksi pertempuran bersama komuniti serantau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Fri, 28 Sep 2018
LIFESTYLE Mon, 26 Feb 2018

PLAN NAK BELI RUMAH TU ADA, TAPI…

Jangan asyik nak negatif saja kalau mengimpikan sesuatu. Ini tak bermaksud urusan pembelian rumah adalah mudah tetapi jika dengan caranya, korang pasti boleh!

FESYEN Tue, 20 Aug 2019
LIFESTYLE Sat, 15 Dec 2018

Aplikasi SENTUH Mungkin Bakal Ubah Hidup Anda, Dah Cuba?

Kami akan ajar bermula dari A-Z sekaligus menyediakan kelas pembelajaran asas sebelum memiliki spa bergerak sendiri.

LIFESTYLE Fri, 23 Feb 2018

THE WHISPERING CINEMA: A NEW MOVIE WATCHING EXPERIENCE

The Whispering Cinema is the first ever programme created by Think.Web in order to create awareness on blindness.

LIFESTYLE Thu, 23 Nov 2017

SOME “FIRSTS” & “LASTS” MOMENTS OF VS FASHION SHOW 2017

Did you enjoy watching this year’s Victoria Secret’s show? What were your favorite moments of the show?

LIFESTYLE Wed, 11 Jul 2018

Susah Bangun Pagi? Aplikasi Loceng Ini Boleh Bantu Anda!

Selama ni anda selalu snooze kan alarm bila tiba je waktu bangun kan? Bila dah terlambat, anda salahkan jam loceng pula. Cuba muat turun aplikasi ‘annoying’ ini, mesti dah tak lambat lagi!

LIFESTYLE Tue, 9 Jan 2018

10 LOCAL DRUGSTORE MAKEUP PRODUCTS THAT YOU NEED TO TRY!

2018 resolution: to slay without breaking the bank – CHECKED!

You’re welcome!

LIFESTYLE Thu, 12 Jul 2018
LIFESTYLE Thu, 1 Aug 2019
error: Content is protected !!