Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 24, 2026 @ 3:53am

BYON7 Janji Aksi ‘Tarung’ Sebenar, Rematch Paling Dinanti Sabtu Ini!

Bahang pertembungan yang dinanti akhirnya bakal menjadi kenyataan Sabtu ini, 25 April 2026 apabila World Trade Centre Kuala Lumpur menjadi gelanggang utama BYON Combat Showbiz 7.

Tumpuan pastinya terarah kepada aksi ulangan antara Putra Abdullah dan Ronal Siahaan yang sebelum ini berakhir tanpa pemenang selepas lima pusingan sengit. Kali ini, kedua-duanya kembali dengan misi lebih besar apabila gelaran Byon Kickstriking Asia Title menjadi taruhan.

Pertarungan ini bukan sekadar soal kemenangan, sebaliknya melibatkan maruah dan peluang menebus kembali keputusan lalu, selain menentukan siapa yang benar-benar layak berada di kedudukan teratas.

ARTIKEL BERKAITAN: BYON Combat Showbiz 7 Tembusi Malaysia, Kuala Lumpur Jadi Pentas Debut Antarabangsa

Namun, BYON7 tidak hanya bergantung pada satu perlawanan. Kad penuh acara turut menampilkan deretan aksi berintensiti tinggi termasuk pertembungan semula Fahri Alamsyah dan Kabilan Jelevan yang semakin hangat, selain perebutan gelaran melibatkan Nidal Mahmoud dan Adam Maulana.

Tidak ketinggalan, aksi Ammarul Shafiq menentang Haris Sofyan serta perlawanan wanita antara Winona Karamoy dan Emmabel Cassandra dijangka menambah lagi intensiti dengan tempo pantas dan agresif sepanjang malam.

Sebagai platform sukan tempur dari Indonesia, BYON terus mengembangkan pengaruhnya di rantau ini dengan membawa acara tersebut ke Malaysia buat julung kali melalui kerjasama bersama Kharisma Music International. Konsep “combat showbiz” yang diketengahkan menggabungkan elemen pertarungan kompetitif dengan hiburan moden, disokong produksi bertaraf antarabangsa.

Keterujaan terhadap acara ini turut diperkukuh dengan sokongan rangkaian Media Prima serta penstriman eksklusif menerusi Vidio, sekali gus memudahkan peminat mengikuti setiap aksi sama ada di lokasi atau secara dalam talian.

Dengan harga serendah RM17 di Malaysia, peminat kini berpeluang menyaksikan aksi panas BYON7 di mana sahaja. Jika ada satu acara yang wajib ditonton hujung minggu ini, inilah masanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Dec 2025

Jadi Anak Didik Shiha Zikir, Raes Arifin Lancar Single Debut Jalan Cinta

Penyanyi baharu yang dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti, Raes Arifin kini tampil dengan single pertama berjudul Jalan Cinta.

Hiburan Sat, 8 Jun 2019
Featured Thu, 13 Oct 2022
Hiburan Thu, 26 Mar 2026

Dituduh Makan Di Restoran Didakwa Tak Halal, Ernie Zakri Tenang Bidas Netizen – “Jelas Terpampang Besar Sijil”

Ernie Zakri dilihat kekal tenang apabila berdepan kritikan segelintir netizen yang mempersoalkan status halal sebuah restoran dikunjunginya

Featured Thu, 6 Apr 2023

Isteri Lan Solo Dedah Suami Pernah Terima Payment ‘Ghaib’ – “Janji Lepas Show, Sekali Dapat Cek Tendang!”

Asam garam dalam dunia hiburan? Hmmm.. Dari 2011 katanya tak dapat payment 😣😣

Hiburan Thu, 14 Mar 2019

《大三元》白色情人节全马上映!张轩睿被Ella撩到脸红红

《大三元》314白色情人节全马上映!首当电影男主角的张轩睿,戏里戏外都被Ella撩到脸红红~

Hiburan Thu, 28 Jun 2018

鍾瑾桦5位数加盟环球音乐「找准定位再谈奖项」

Alvin鍾瑾桦5位数加盟大马环球音乐,全经纪约发展空间大,横跨多领域成全能艺人!对于奖项他直言不抱期望,只要找准定位、充实自己,当做好自己时,自然会有人认同。

Trending Fri, 20 Aug 2021

Remy Ishak Bakal Tamatkan Zaman Bujang Sabtu Ini

Kalau dah jodoh tak kemana…♥

Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja

error: Content is protected !!