Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 24, 2026 @ 4:06am

Didie Shazry Beri Nafas Baharu Lagu Mendiang Lotter ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

Penyanyi muda berbakat, Didie Shazry tampil dengan versi baharu lagu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’ sebagai usaha menghidupkan semula karya ikonik dalam sentuhan lebih segar.

Didie atau nama sebenarnya E.D Shazry berasal dari Sabah dan dikenali dengan vokal yang lunak. Namanya mula mendapat perhatian selepas muncul juara sebuah program realiti, selain berpeluang mempersembahkan lagu ciptaan Aina Abdul di pentas akhir. Dia juga pernah menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rakaman semula lagu ini diterbitkan oleh Luncai Emas selaku pemegang hak cipta, dengan matlamat memperkenalkan semula karya klasik agar lebih dekat dengan selera pendengar masa kini. Projek ini turut mendapat restu komposer asal, Neves Pretty Ugly, sekali gus memberi ruang kepada Didie membawa interpretasi sendiri.

Menurut Neves, lagu tersebut pernah dipopularkan oleh mendiang Lotter dengan lirik hasil nukilan Allahyarham Loloq, dua figura seni yang jasanya sentiasa dikenang.

“Lagu ini sangat dekat di hati kerana ia lahir daripada dua insan seni yang cukup besar ertinya. Kehilangan mereka sukar diganti, namun saya hargai cara Didie menghidupkan semula emosi dalam karya ini.

“Melalui versi baharu ini, kenangan itu terasa segar kembali dan terus hidup. Terima kasih kerana menjaga karya ini dengan penuh rasa hormat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Didie Shazry Tampil Dengan Single Kedua Joget Jiwa Lara!

Didie pula berkongsi bahawa lagu berkenaan sudah sebati dengan dirinya sejak kecil, apatah lagi keluarganya juga meminati karya tersebut.

“Lagu ini memang sinonim dengan mendiang Lotter yang cukup dikenali di Sabah. Saya membesar dengan karya seperti ini dan keluarga juga sangat menyukainya.

“Projek ini cukup bermakna kerana ia menghubungkan saya dengan dua idola sejak kecil iaitu Neves dan arwah Loloq. Saya harap versi ini dapat menarik minat generasi baharu, dalam masa sama menyentuh hati peminat lama serta terus menghidupkan legasi lagu ini,” ujarnya.

Sebelum ini, Didie turut terlibat dalam album kompilasi Joget Made In Malaysia terbitan Luncai Emas menerusi lagu “Joget Jiwa Lara”, bersama barisan artis lain seperti Amir Jahari, Kmy Kmo & Luca Sickta, Jaclyn Chia dan Puteri Khareeza.

Proses rakaman lagu “Yang Berlalu Tak Berulang” dijalankan di Jakarta bersama produser Joel Christine dengan susunan muzik dan melodi yang diolah semula mengikut identiti vokal Didie tanpa menghilangkan elemen asal.

Proses adunan dan mastering dikendalikan oleh Josecar Q.M Hutabarat di ICM Studio, Indonesia. Video muzik pula dirakam di Bali oleh Alfi Aditya.

Single remake ini dijangka mampu menyentuh emosi pendengar, selain menjadi penghubung kepada kenangan dan insan tersayang.

Lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Luncai Emas bermula 24 April, jam 4 petang serta tersedia di semua platform penstriman digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Fasha-Aidil Nikah Mac Ini, Tahniah!

Majlis diadakan di Perlis atas permintaan mak saya. Malah, untuk majlis nikah akan dibuat di masjid. Alhamdulillah, tahniah Fasha!

Trending Tue, 2 Jun 2020
Featured Mon, 15 Dec 2025

The Helmi’s Didakwa Tunggang Palestin? Geng Sumud Tampil ‘Back Up’ – “Jangan Jadi Abu Lahab! Kita Tak Patut Bangga Bila…”

Isu ‘terpaling sumud’ dan ‘terpaling Free Palestine’ kembali hangat diperkatakan selepas sepotong video pendek yang dikongsikan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tular.

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Featured Tue, 27 Nov 2018
Featured Wed, 26 May 2021

Baru Berusia 19 Tahun, Kecantikan Melayu Asli Puteri Bongsu Sultan Terengganu Jadi Bualan Ramai

Sejak menginjak usia 19 tahun,  puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’ atau lebih dikenali sebagai Tengku Zahra semakin mendapat perhatian ramai. Tengku Zahra merupakan puteri bongsu […]

Trending Fri, 24 Aug 2018

Tiga Pelajar Hilang Akibat Taufan Cimaron

Hujan lebah tanpa henti yang menyerang pulau utara, Hokkaido turut menyebabkan kerosakan dan kelewatan ketara pengangkutan.

Trending Fri, 8 Jan 2021
Filem Fri, 23 Feb 2024
Hiburan Mon, 2 Oct 2023
error: Content is protected !!