Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi April 30, 2026 @ 11:48am

“Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Pelakon, Azar Azmi mendedahkan rakan industri, aktres Ozlynn Waty adalah individu yang sempat dihubunginya sebelum tiga hari ditangkap reman.

Menerusi podcast sembang seram dikendalikan oleh Safwan Nazri, Azar menyifatkan Ozlynn yang juga isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu sebagai insan yang membantu dan mendengar detik hitam yang terjadi dalam hidupnya.

“Masa aku susah, ada seorang kawan baik aku yang tahu cerita aku ni sebenarnya. Tiga hari sebelum aku kena ambil (ditangkap reman). Dia adalah Ozlynn Waty.

“Aku sempat bercakap dengan dia, cerita semua kronologi,” katanya.

Azar meluahkan rasa sebak apabila dia dapat membeli keperluan anak-anaknya, selain dapat menjamu makanan kesukaan mereka atas rasa ihsan seorang sahabat.

“Dia adalah bagi sikit zakat dekat aku yang aku boleh beli lampin anak, susu anak. Momen dia bagi duit tu, anak aku dapat makan ayam goreng sebab itu makanan kegemaran dia. Dia selalu sebut kepci (KFC).

“Dialah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis tanya apa dah jadi dengan aku sampai jadi tahap ni,” katanya.

@sembangseram

Alhamdulillah ya Allah. Sebak terus dengar part ayam goreng tuuu 😭😭 #azarazmi #sembangseram #safwannazri #podcast #kisahseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Terdahulu, Azar bersama suaminya, Mohd Apri Hazreen pernah ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran yang mengakibatkan kerugian.

Artikel Berkaitan: Azar Azmi Nafi Guna RM40,000 Sumbangan Aliff Syukri Untuk Ikat Jamin Suami, Fokus Bayar Hutang Cecah Ratusan Ribu Ringgit

Artikel Berkaitan: “Kalau Saya Terangkan Pun Mereka Akan Cakap Saya Pelakon Mampu Berlakon” – Azar Azmi Pertahan Diri, Malas Ambil Pusing Tuduhan Tak Jaga Anak Tiri

Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Minta Bantuan Rakan Artis Nak Beli Susu & Lampin Anak, Azar Azmi Kongsi Kisah Sebenar 6 Tahun Menyepi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
Featured Fri, 3 Jan 2025

Didakwa Muka Sembab & Perut Kembung, Intan Najuwa Bidas Kenyataan Netizen 

Netizen tak habis bitter, ini respons Intan Najuwa.

Featured Tue, 8 Nov 2022
Featured Tue, 4 Oct 2022

[VIDEO] Tidak Tahan Bekas Isteri Teruk Dikecam, Bad Indigo Akhirnya Dedah Punca Perceraian – “Saya Tak Jujur”

Bukan mudah seorang lelaki untuk turunkan ego dan mengaku salah sendiri, respect!

Hiburan Tue, 2 Apr 2024
Trending Fri, 5 Oct 2018

女教师自费改造「Hello kitty教室」学生都很快乐!

一定有不少女孩都是Hello kitty控吧?

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Hiburan Wed, 6 Dec 2023
error: Content is protected !!