Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 6, 2026 @ 1:37pm

“Dulu Pernah Minat Seseorang Berbadan Besar Tapi Tak Pernah Luahkan Perasaan Kepadanya” – Amir Ahnaf Cari Wanita Lemah Lembut & Penyayang

Pelakon Amir Ahnaf mengakui dirinya mengimpikan seorang wanita yang mempunyai ciri keibuan selain mampu membesarkan dan mendidik anak-anaknya kelak dengan penuh kasih sayang.

Kata Amir menerusi sesi audio siar bersama Sembang Seram, dia tidak mementingkan rupa paras sebaliknya keperibadian yang lemah lembut menjadi keutamaan dalam memilih bakal isterinya kelak.

“Kalau boleh saya ingin seseorang yang cantik dan lemah lembut. Karakter ibu itu memainkan peranan yang sangat besar untuk pembesaran emosi anak-anak.

“Kalau cantik dalaman, pastu luaran pun cantik. Dulu saya pernah sangat meminati seorang wanita berbadan besar tapi tak pernah meluahkan perasaan kepadanya.

“Dari situ mula sedar yang saya tidak pandang langsung rupa paras. Tapi sekarang saya fikir semula, nanti apabila umur sudah 35 tahun, saya nak ada seorang atau dua anak dan mahu teruskan legasi,” katanya.

@sembangseram Betul jugak, sebab si dia lah yang akan sama2 dengan kita nanti membentuk akhlak anak2 🥰 #amirahnaf #sembangseram #podcast #ceritaseram #horrorstory ♬ original sound – sembangseram

Dalam masa sama, pelakon filem Tarung: Unforgiven itu berpendapat, cara pengendalian emosi seorang yang mempunyai karakter seorang ibu boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi anak-anak.

Menurutnya, jika seorang ibu sering mempamerkan sifat negatif, perkara itu mampu memberi kesan kepada anak-anak.

“Kalau seorang ibu itu seorang yang pemarah dan mengamalkan pengabaian emosi, benda itu akan dikongsi kepada anak-anak terutamanya anak lelaki.

“Jadi, kalau figura seorang ibu itu sangat penyayang, cantik, lemah lembut, karakter sebegitu yang akan membentuk anak-anak membesar sejak kecil. Selain itu, saya juga suka seorang wanita yang kelakar,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Nov 2025
Hiburan Sun, 3 Nov 2024

Hanya 10 Finalis Bakal Ke AJL! Jom Semak 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 39!

Jom semak senarai penuh 30 lagu yang layak ke Separuh Akhir Muzik Muzik 39!

Featured Tue, 15 May 2018

Adoi! Umur Baru 25 Tahun Tapi Rambut Dah Beruban. Makan 7 Jenis Makanan Ini Untuk Atasinya

Kalau tak nak rambut beruban pada usia muda, anda boleh amalkan makan 7 jenis makanan ini.

Trending Wed, 19 Dec 2018

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan

Burung Kakak Tua ‘Nakal’, Pesan Makanan Melalui Peranti Alexa Semasa Tuannya Keluar Rumah

Featured Sat, 9 May 2020
Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Nafi Andi Asryil Sengaja Ambil Kesempatan Terhadapnya – “Dia Yang Ada Di Sebelah Masa Saya Tengah ‘Down'”

Puteri Sarah pernah berdepan dengan individu yang dipercayai telah mengambil kesempatan ke atasnya

Trending Thu, 16 May 2019

Jadi Imam Dari Usia 13 Tahun, Bakal Doktor Ketuai Imam Solat Terawih Buat Netizen Kagum

Hebat! Bakal doktor umur 24 tahun ini viral jadi imam solat Terawih

error: Content is protected !!