Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 7, 2026 @ 4:08pm

“Nak Booking Slot Promo Pun Susah” – Aina Abdul Kongsi Kesukaran & Cabaran Promosi Lagu

Penyanyi terkenal, Aina Abdul tampil memberi respons terhadap pandangan seorang individu di media sosial yang menyifatkan pasukan pengurusan selebriti itu perlu mempergiat usaha mempromosikan karya muzik baharunya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, individu terbabit berpendapat penampilan fesyen unik dan visual mewah semata-mata tidak lagi cukup untuk terus mengangkat jenama Aina dalam industri hiburan.

“Ini mungkin kedengaran agak kasar, tetapi sebagai penyokong tegar Aina Abdul, saya benar-benar merasakan pasukannya perlu meningkatkan usaha dalam mempromosikan muziknya. Penampilan fesyen ekstravaganza dan visual semata-mata tidak boleh terus menjadi kekuatan utama jenama itu.

“Tak boleh guna formula sama selama-lamanya. Lama-kelamaan orang akan mahukan sesuatu yang lebih bermakna daripada sekadar visual. Aina memiliki terlalu banyak bakat untuk tidak diberikan pendedahan yang sepatutnya,” tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, pelantun lagu Semalam itu menyifatkan teguran berkenaan sebagai pandangan jujur daripada peminat yang prihatin terhadap perjalanan seni dan kerjayanya.

Menurut Aina atau nama lengkapnya, Nurul Aina Abdul Ghani, setiap persembahan dan konsep yang dihasilkan lahir daripada minat mendalam terhadap seni serta penceritaan dalam muzik.

“Saya sangat menghargai pandangan jujur seperti ini kerana ia datang daripada mereka yang benar-benar mengikuti perjalanan saya. Setiap era dan persembahan yang saya tampilkan lahir daripada rasa cinta terhadap seni, kreativiti dan penceritaan.

“Aina faham ada yang mahu lebih banyak fokus diberikan kepada muzik dan promosi lagu. Percayalah, saya ambil maklum semua itu. Cuma sekarang bukan mudah seperti dulu, malah untuk mendapatkan slot promosi juga agak mencabar,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021
Trending Wed, 19 Jun 2024

Nelydia Senrose Tanggal Hijab?

Doakan yang baik-baik je

Trending Fri, 2 Apr 2021

“Sebelum Ini Pernah Ada Anxiety…” – Baby Baru On The Way, Siti Sarah Kembali Hamil Selepas….

Selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, penyanyi Siti Sarah berkongsi cerita gembira mengenai kehamilan yang keempat. Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini mendedahkan khabar terbabit menerusi salah sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “Alhamdulillah, […]

Featured Mon, 18 Dec 2023
Featured Tue, 18 Oct 2022

Beri Dua Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman ‘Berani’ Kritik Busana Aina Abdul?

Alamak, pedas jugak Azhar komen pasal busana Aina Abdul… Fuhhh 🥵🥵

Trending Wed, 9 May 2018

皮卡丘的是老鼠还是兔子?作者亲自解谜原型竟是…

皮卡丘到底是兔子还是老鼠呢?近年因手游《精灵宝可梦GO》再度成为话题焦点,其中主角之一的皮卡丘是众多宝可梦迷的「好朋友」。许多民众也非常好奇,皮卡丘的原型究竟是什么动物呢?

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Fattah Amin Tak Sabar Sambut Syawal Dengan Anak, Dah Sedia Duit Raya Pada Fatima

Fattah Amin rancang bercuti luar negara dengan Fatima

error: Content is protected !!