Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 8, 2026 @ 3:30pm

Trend ‘Throwback’ Ketika Kecil, Nabila Huda Kongsi Pesanan Pada Diri – “Kadang Lupa Luka, Air Mata & Kecewa Bentuk Siapa Kita Hari Ini”

Trend ‘throwback’ zaman kanak-kanak yang tular di media sosial hari ini turut menarik perhatian pelakon versatile, Nabila Huda apabila dia tampil berkongsi pesanan menyentuh hati buat dirinya sendiri ketika kecil.

Menerusi perkongsian video Kool FM, Nabila atau mesra disapa Abil mengakui perjalanan hidup yang dilaluinya bukanlah mudah, malah terlalu banyak pengalaman pahit, kekecewaan dan air mata yang akhirnya membentuk dirinya menjadi wanita kuat hari ini.

“Dear younger me, saya tahu hidup awak tak mudah. Saya tahu awak selalu rasa kena kuat walaupun penat. Selalu pendam, selalu mengalah, selalu fikir maybe awak tak cukup baik untuk disayangi properly.

“But, listen to me…one day all the heartbreaks dissapointment and tears tu akan bentuk awak jadi seseorang yang kuat. Bukan kuat sebab tak menangis, tapi kuat sebab awak still choose to love, to dream, to keep going, walaupun banyak kali hancur,” katanya.

Dalam perkongsian sama, pelakon Dari Rahim Yang Sama itu turut berpesan, agar dirinya tidak malu menjadi seorang yang terlalu beremosi.

“Please jangan cepat putus asa pada diri sendiri, jangan terlalu keras dengan hati awak, dan jangan pernah malu jadi too much.

“Sebab hati awak memang dicipta untuk rasa things deeply,” jelasnya.

 

View on Threads

 

Akuinya, segala momen pahit yang pernah dilalui sebelum ini sebenarnya banyak mengajar dirinya tentang kehidupan dan menjadikan dia lebih mengenali nilai diri sendiri.

“Suatu hari, awak akan look back dan sedara all those painful nights mengajar awak cara bagaimana untuk teruskan kehidupan. Dan percayalah…the future version of you, she still soft, still loving, still emotional. But now, she know her worth. Love your older self.

“Sebab sebenarnya kan…daripada saya kecil tak pernah ada impian. Saya tak pernah bayangkan macam mana saya punya masa hadapan kelak.

“Saya cuma, teruskan perjalanan tu tanpa berfikiran apa-apa. Just enjoy sahaja the journey tanpa apa-apa alasan.

“Enjoy the life sebab kehidupan ni sangatlah singkat untuk berfikiran terlalu stress. Stress dan sedih itu memang ada tapi tak payah fikir banyak sangat. Bangun je kena senyum,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Thu, 26 Jan 2023

Buat Beyonce Dubai Riff Challenge, Ernie Zakri Pukau Hati Peminat

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri cuba melakukan kemahiran vokal penyanyi popular antarabangsa, Beyonce yang tular ketika membuat persembahan di Dubai. @erniezakri23 stuck in my head 24 hrs. send help. #beyoncedubai #beyoncechallenge #beyonce ♬ original sound – […]

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Tue, 8 Oct 2019

Akhirnya, Ini Pengarah Filem Biopik Hasmah ‘Bila Deh Bertemu Det’

Tak sabar nak tau siapa pengarah filem biopik Tun Hasmah dan Che Det!

Featured Mon, 29 Jan 2018

Elak 5 Makanan Ini Jika Mahu Kurus

Bagi sesetengah individu, berpantang makan untuk kurus bukan satu benda asing dalam diari diet.

error: Content is protected !!