Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 28, 2024 @ 8:11pm

“Keluarga Bagi Syarat, Jika Jadi Penyanyi Kena Sambung Belajar” – Iman Troye Selesa Bantu Pelajar SPM, Bangga Ramai Dapat Keputusan Cemerlang

Penyanyi Iman Troye berbangga apabila ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Sentiasa menekankan kepentingan pelajaran, Iman yang merupakan duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI selesa dapat membantu mereka yang ingin maju dalam bidang akademik.

“Saya selalu menekankan pelajaran itu sangat penting, lebih-lebih lagi mereka yang mengambil SPM. Saya selesa membantu pelajar yang mahu menduduki peperiksaan SPM dengan menjalankan tugas saya sebagai duta PTTI.

“Alhamdulillah, setakat ini saya sudah tiga tahun bergelar duta kepada jenama ini dan sangat gembira dapat menjalankan tanggungjawab saya. Saya juga berbangga kerana ramai pelajar PTTI mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Menurut Iman yang sedang melanjutkan pelajaran dalam Diploma Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), dia mahu menjadi contoh terbaik untuk orang ramai, terutamanya peminat yang lebih muda.

“Sebelum saya mahu jadi penyanyi, keluarga dah tetapkan syarat. Kena sambung belajar. Alhamdulillah, saya kini menjadi seorang siswi di UiTM dan setakat ini, saya mendapat anugerah dekan di setiap semester.

“Pelajaran sangat penting, jadi saya tak boleh abaikan. Saya mahu menjadi contoh terbaik, terutamanya kepada pengikut saya yang ramai dari golongan pelajar sekolah dan peminat yang lebih muda,” katanya.

Iman ditemui pada pelancaran insentif PTTI Better Results dan majlis meraikan pelajar SPM 2023 yang baharu saja mendapat keputusan, pada Isnin.

Dianggarkan hampir 300 pelajar PTTI yang menduduki SPM 2023 diraikan dengan keputusan masing-masing.

Terdahulu, PTTI melancarkan insentif khas buat calon SPM 2024 berupa ganjaran wang RM500.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau mesra disapa sebagai Cikgu Fana berkata, insentif itu bagi meningkatkan motivasi pelajar SPM 2024 dalam mencapai keputusan cemerlang.

“Insentif ini diberikan kepada pelajar SPM 2024 yang bakal mengambil SPM tahun ini. Ini adalah inisiatif khas yang PTTI buat untuk memberi ganjaran kepada pelajar SPM 2024 untuk meningkatkan motivasi mereka agar mendapat keputusan yang berjaya dan cemerlang.

“Ganjaran daripada PTTI berupa RM500 kepada setiap pelajar kita yang mendapat ‘straight’ A dalam SPM 2024. Inisiatif ini ditaja oleh Yayasan PTTI.

“Diharapkan insentif ini lebih memotivasi dan galakan penuh kepada pelajar PTTI yang bakal menduduki SPM tahun ini. Sejujurnya, saya juga teruja apabila lebih ramai lagi pelajar kita yang mendapat keputusan cemerlang,” katanya.

Selain itu, PTTI turut melancarkan peraduan PTTI Better Results yang mana menawarkan kereta Perodua Axia.

Cikgu Fana berkata, peraduan itu terbuka kepada pelajar PTTI yang mengambil SPM tahun ini dengan mengajak lebih ramai rakan mereka untuk belajar di PTTI.

“Menerusi peraduan ini kita menawarkan hadiah utama iaitu kereta Perodua Axia yang mana diberikan kepada pelajar PTTI yang mengajak kawan paling ramai untuk sama-sama belajar dan berjaya dalam SPM 2024.

“Penyertaan bagi peraduan ini kita sudah buka sejak 25 Mei lalu dan pemenang akan diumumkan pada Jun ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 10 Jun 2018

Siapa Artis Ke Kelab Malam Pada Bulan Ramadan?

Kenyataan itu dilihat seakan-akan benar apabila status Eyka juga menunjukkan yang kononnya beliau berada di kelab tersebut.

Featured Fri, 12 Sep 2025

Amelina Impi Konsert Solo, Akui Irama Dangdut Perlukan Sokongan Lebih Luas – “Saya Sedia Bila-Bila Masa”

“Kalau boleh saya mahu adakan konsert semuanya mengenai diri saya dan perjalanan hidup saya”- Amelina

Featured Sun, 23 Oct 2022
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

“Mohon Maaf, Harap Boleh Buka Lembaran Baharu & Fokus Perkara Positif” – Muaz Zabir Rayu Henti Ungkit Isu Lama

Mohon maaf, Muaz Zabir meminta agar sesetengah pihak berhenti mengungkit isu lama.

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Kenapa Bapa Lega Zahirah Putus Cinta?

Tambah Zainol, “ Apa boleh dikatakan, Zul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Dia sudah tahu saya tak restu, kenapa nak teruskan juga. Macam saya katakan, nak berkawan tidak ada masalah, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

error: Content is protected !!