Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2026 @ 1:57pm

Alya Iman Akui Tak Percaya Susuk, Lebih Yakin Dengan Aura Positif

Pelakon, Alya Iman menegaskan dia tidak pernah mempercayai amalan memakai susuk demi kecantikan atau untuk menarik perhatian orang sekeliling.

Menurut Alya atau nama lengkapnya, Nur Alya Iman Azmil, 25, meskipun amalan itu sering dikaitkan dalam masyarakat, dia percaya setiap perkara dilakukan pasti mempunyai akibat tersendiri.

“Saya tak percaya soal susuk. Memang wujud amalan ini dalam masyarakat kita. Tapi bagi diri saya sendiri, saya tak percaya pakai susuk untuk jadi cantik atau orang suka pada kita.

“Saya sentiasa percaya apa saja yang kita lakukan, semua ada akibatnya tersendiri,” katanya.

Alya berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Pewaris Susuk, baru-baru ini.

Tambah Alya, individu di sekelilingnya juga tidak pernah menggalakkan dia melakukan perkara sedemikian malah dia sendiri tidak pernah terfikir untuk mencubanya.

“Kalau tanya orang di sekeliling saya juga tidak pernah menyarankan saya untuk melakukan perkara-perkara seperti ini.

“Saya pun tak pernah terfikir nak buat benda itu. Setakat ini saya memang tak ada pengalaman bertemu dengan orang-orang yang mengamalkan amalan memakai susuk ini,” katanya.

Dalam masa sama, Alya berkata dia lebih percaya kepada aura positif dalam kehidupan berbanding perkara mistik.

Katanya, persekitaran dan kelompok rakan yang baik memainkan peranan penting dalam membentuk tenaga positif seseorang.

“Saya lebih percaya kepada aura positif. Kalau nak ada tenaga positif, orang-orang sekeliling kita perlu sentiasa mempunyai aura positif.

“Kalau orang sekeliling penuh dengan aura negatif maka benda buruklah yang akan datang kepada kita.

“Disebabkan itu, saya pilih circle sendiri, cara bawa diri. Bagi saya kalau kita ada aura positif, benda baik-baik saja yang akan datang,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alya kini tampil menerusi filem pertamanya, Pewaris Susuk yang sedang ditayangkan di pawagam.

Selain Alya, filem berkenaan turut dibintangi pelakon terkenal seperti Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Trisha Ooi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ezlynn Kenal Hati Budi Bangsa Jejaka

Semoga berjaya Ezlynn

Hiburan Wed, 4 Feb 2026
Featured Tue, 20 Sep 2022

Bapa Jadikan Dua Anak Hamba S*ks Sejak 7 Tahun Dipenjara 428 Tahun & 240 Sebatan

Fuhhh, hukuman setimpal dengan perbuatan keji bapa durjana 😡🤬🤬

Hiburan Mon, 6 Oct 2025
Hiburan Wed, 27 Jun 2018

“Gila Glamour, Tagih Simpati” – Intan Liana Terkilan

Intan Liana terkilan dengan sesetengah pihak yang mengatakan dia menagih publisiti murahan dan gila glamour.

Featured Thu, 26 May 2022
Featured Wed, 9 Aug 2023

Netizen Tampil Jadi ‘Fashion Expert’, Kritik Baju Siti Nurhaliza Macam …

Alamak, kenapa dengan baju TokTi? Lawa je min tengok😲😲😲

Hiburan Mon, 1 Jul 2019

Elak Kontroversi, Dayang Areeda Lebih ‘Play Safe’

Mahu jadi artis bersih dari kontroversi, Dayang jaga nama baik keluarga…terbaiklah!

error: Content is protected !!