Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 8, 2026 @ 3:50pm

Awie ‘Berkurung’ Di Studio Tiga Bulan Demi Konsert ‘Awie Rock King – Last Man Standing’, Risau Faktor Kesihatan Jejaskan Persembahan

Legenda rock tanah air, Datuk Awie bakal mencipta sejarah tersendiri menerusi konsert mega solo terbesar dalam kariernya, Awie Rock King – Last Man Standing 2026 yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka pada 12 September ini.

Konsert anjuran Bombbay Legend Worldwide bersama Ultimate Media itu bakal menjadi simbolik kepada perjalanan seni Awie selama empat dekad dalam industri muzik tanah air.

Menurut Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 58, konsert tersebut bukan sekadar sebuah persembahan hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi refleksi kepada perjalanan panjang dan evolusi dirinya dalam industri seni.

“Saya sangat menghargai peminat, peluang dan rezeki yang Allah beri kepada saya. Bila seorang kawan dan ‘brother’ saya berminat untuk anjurkan konsert ini, saya hanya mampu bersyukur kerana rezeki masih ada untuk saya terus berkarya.

“Saya perlu teruskan perjuangan dan kehidupan sebagai anak seni. Terima kasih juga kepada Bombbay Legend Worldwide kerana membuka laluan dan memberi peluang untuk saya menjayakan konsert ini,” katanya.

Dalam pada itu, Awie mendedahkan proses perbincangan bagi merealisasikan konsert tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan sebelum Stadium Merdeka dipilih sebagai lokasi utama.

Menurutnya, pemilihan venue berkenaan mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana dia pernah membuat persembahan di stadium bersejarah itu ketika Konsert Wings 30 Tahun pada 2015.

“Sebenarnya saya risau sebab tanggungjawab di Stadium Merdeka ini sangat besar. Bila pihak penganjur menyuarakan hasrat untuk buat konsert di sana, ia memang di luar jangkaan saya.

“Saya tak rasa diri ini sehebat nama-nama besar lain, tapi bila mereka yakin saya mampu pikul tanggungjawab itu, saya hanya mampu bersyukur. Insya-Allah saya akan cuba beri persembahan terbaik dan puas hati kepada semua peminat. Itu janji saya,” katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Tragedi Oktober itu mengakui faktor kesihatan menjadi kebimbangan utamanya menjelang konsert berkenaan.

“Kalau ikutkan, kebimbangan saya cuma soal kesihatan. Yang lain Insya-Allah okay. Takut tiba-tiba kesihatan terganggu masa konsert nanti.

“Saya akan banyak ‘berkurung’ dalam studio untuk latihan vokal dan stamina. Cuma faktor cuaca panas dan hujan itu sahaja yang kita tak boleh jangka,” katanya ketika ditemui pada sidang media konsert Awie Rock King: The Last Man Standing di Hotel Premiera, baru-baru ini.

Mengangkat tema ‘Last Man Standing’, tajuk konsert itu membawa simbolik terhadap keteguhan Awie dalam menempuhi jatuh bangun, perubahan zaman serta cabaran industri muzik sepanjang lebih 40 tahun bergelar anak seni.

Dalam masa sama, gelaran ‘Rock King’ pula dilihat sebagai penghormatan terhadap pengaruh besar Awie dalam membawa satu era baharu kepada muzik rock tempatan.

Konsert tersebut turut dijangka menjadi malam penuh nostalgia apabila bakal menampilkan puluhan pemuzik berkaliber selain barisan penyanyi jemputan popular tanah air.

Menariknya, setiap artis jemputan akan mempersembahkan karya-karya ikonik Awie sebagai tribute terhadap legasi seni yang dibinanya sepanjang empat dekad berada dalam industri hiburan.

Tiket konsert dijual pada harga bermula RM98 hingga RM5,998 dan boleh didapati menerusi platform iLasso Tickets.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 24 Nov 2018

#SFMM33: Perlahankan Aktiviti Seni Sekejap, Ben Ladin Mahu Fokus SPM

Lepas SPM boleh kembali all out, Good Luck Ben Ladin!

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

“You All Takkan Percaya What Happened’- Aishah Kongsi Cerita Belakang Pentas ABPBH32

Rata-rata peminat Aishah memuji kemerduan suara penyanyi lagenda ini. Masih mantap beb! 

Hiburan Mon, 30 Oct 2023

Konsert Solo Pertama Liza Hanim Selepas 27 Tahun! – “Inilah Momen Yang Saya Tunggu”

Fuh! Akhirnya Liza Hanim buat konsert solo pertamanya! Tak sabar!

Trending Fri, 8 Jan 2021
Events Sat, 12 Jan 2019

年货美食样样齐!你不能错过「全马最大型」八度空间综合年货市集

超过300个商家摊位、超炫酷的拍照打卡景点,以及388只舞狮表演你怎能错过呢?约定你「全马最大型」八度空间综合年货市集!

Featured Fri, 10 Jan 2025
Hiburan Sun, 26 Aug 2018

罗忆诗重心放歌舞剧 对前任恋情大方祝福

自庄惟翔小玉恋情公开后,日前「前任女友」罗忆诗在出席儿童歌舞剧推介礼时首度公开回应,并大方祝福对方。

Hiburan Thu, 30 Nov 2023

Perdana Menteri Prihatin Nasib Pelakon Veteran, Mak Jah Terima Sumbangan

Alhamdulillah, semoga Mak Jah dapat gunakan sebaiknya sumbangan tersebut.

Hiburan Mon, 24 Feb 2025
error: Content is protected !!