Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 7:15pm

Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

Pelakon, Ozlynn menjelaskan bantuannya terhadap aktres, Azar Azmi ketika melalui fasa sukar dalam hidup bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya dilakukan atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab.

Menurut Ozlynn, 45, dia memahami perasaan rakan seindustrinya yang berdepan kesusahan kerana pernah melalui pengalaman sama, malah mengakui tidak pernah memilih dalam berkongsi rezeki sekiranya mempunyai kemampuan lebih.

“Saya tolong bukan sebab nak tunjuk kita kaya atau sebagainya. Sebagai hamba Allah yang pernah rasa susah, kita ada tanggungjawab untuk membantu.

“Bukan sebab dia Azar Azmi saja. Sesiapa pun kalau saya ada rezeki lebih, saya akan kongsi.

“Saya terima beribu mesej sejak zaman Covid-19 sampai sekarang. Demi Allah, kalau ada rezeki memang saya akan bantu,” katanya.

Ozlynn berkata demikian ketika ditemui di acara sidang media filem terbaharunya, 5 Bomoh, bertempat di Hemisfera Luxury Sky Hall, Kuala Lumpur Tower pada Isnin.

Dalam pada itu, Ozlynn mengakui kurang selesa untuk terus bercakap mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu Azar kembali mengingati episod hitam yang pernah dilaluinya.

“Sebenarnya kalau boleh saya tak mahu bercakap mengenai perkara ini. Saya cuma nak dia bahagia dan tenang dengan kehidupannya sekarang.

“Itu ujian hidup dia dan setiap manusia ada ujian berbeza. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk dia,” katanya.

Bagaimanapun, Ozlynn yang juga isteri kepada penyampai radio dan pelakon, Johan juga menegaskan enggan membuka aib sahabatnya memandangkan mereka sudah lama bersahabat baik.

“Saya kena jaga maruah, aib dan harga diri seorang sahabat sebab saya sendiri tak suka orang bercerita mengenai saya. Saya juga tak suka bercerita hal orang lain.

“Tapi bila dia sendiri berkongsi, itu cerita daripada pihak dia. Saya tak mahu apa yang saya cakap memberi kesan lain.

“Kami kembali berhubung selepas saya terbaca kisah mengenai dirinya. Pernah satu ketika dia hilang terus sebelum dia menghubungi saya semula.

“Biasanya saya memang tak jawab nombor tak dikenali, tapi selepas dia whatsapp dan perkenalkan diri, saya terus hubungi dan kami buat panggilan video. Dari situlah bermulanya segala perkongsian,” katanya.

Terdahulu, Azar menerusi sebuah podcast mendedahkan Ozlynn adalah individu terawal yang tampil membantu ketika dia berdepan fasa sukar dalam hidup.

Menurut Azar, Ozlynn juga banyak memahami keadaannya selain pernah menghulurkan bantuan zakat sehingga membolehkannya membeli keperluan anak-anak.

Artikel Berkaitan: “Dia Bagi Sikit Zakat, Anak Dapat Makan Ayam Goreng…” – Tiga Hari Sebelum Direman, Azar Azmi Sebak Kenang Kebaikan Ozlynn Waty

Artikel Berkaitan: Ozlynn Waty Sebak Kenang Nasib Azar Azmi- “Mak Tak Makan Tak Mengapa, Jangan Anak-Anak”

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jun 2020

Tindakan ‘unik’ Malaysia Ini berjaya bendung COVID-19

Tahniah buat seluruh rakyat Malaysia!

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Tak Sia-Sia Bawa Pelamin Ke Pentas AJL 33, Sufian Suhaimi Menang Persembahan Terbaik

Menerusi tinjauan kami di laman Youtube TV3, video persembahan yang mendapat standing ovation membuatkan persembahan ini turut trending di Twitter.

Trending Mon, 25 Jan 2021
Featured Wed, 24 Dec 2025

“Saya, Isteri & Anak Tak Pernah Kacau Orang, Tapi Orang Selalu Cari Masalah.. Lepastu Buat Video Minta Maaf, Kepala B*na Kau!”- Aaron Aziz

Aaron menegaskan, dia, isteri dan anak-anak tidak pernah mengganggu sesiapa, namun tetap menjadi sasaran provokasi orang luar.

Featured Fri, 28 May 2021

Semua Sektor Ekonomi Ditutup, Kerajaan Laksanakan Total Lockdown Bermula 1 Jun

Sejak dilanda gelombang ke tiga COVID-19 bermula Mac tahun ini, negara terus menyaksikan pertambahan kes COVID-19 secara mendadak, dengan 8,290 kes baharu dicatat. Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bersidang awal hari ini telah memberi […]

#tilljannah Wed, 18 Jan 2023
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

AZMI KELUAR CALIPH BUSKERS, TAMPIL SOLO LAGU KATA JUANG?

Sarat dengan nasihat dan pesanan, lirik lagu ini dianggap begitu deep tetapi masih mampu difahami

error: Content is protected !!