Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 12, 2026 @ 3:42pm

Khairul Aming Terharu, Imbau Memori Tujuh Tahun Lalu Pertama Kali Berhubung Dengan Siti Nurhaliza

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming mengimbau kembali memori manis ketika pertama kali berhubung dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekitar tujuh tahun lalu.

Menerusi ciapan di Threads miliknya, Khairul atau nama lengkapnya, Khairul Aming Kamarulzaman, 34, berkata dia pernah menghantar mesej peribadi kepada Siti mengajak bintang kesayangan ramai itu untuk berkolaborasi.

Khairul meluahkan rasa sebak apabila pelantun lagu malar segar Bukan Cinta Biasa itu sudi membantunya anak muda yang baru sahaja mahu berjinak dalam melakukan kandungan video masakan di rumah.

“Tujuh tahun lepas saya pernah hantar mesej peribadi (dm) semasa perintah berkurung nak ajak kolaborasi video masak guna rakaman suara di telefon. Ini zaman saya buat video masak seorang diri atas lantai. Nak tulis dm pun tangan menggigil sebab segan.

“Keesokannya, TokTi (panggilan Siti Nurhaliza) balas dan setuju nak tolong tanpa minta apa-apa. Masa tu rasa nak nangis sebab ikon negara sudi nak sokong kita yang baru nak bermula kat rumah,” katanya.

Dalam masa sama, Khairul mengakui terharu dan tidak menyangka apabila Siti menghulurkan sendiri album tradisionalnya Gema Bumantara ketika menghadiri restoran Rembayung buat kali kedua.

“Tujuh tahun kemudian TokTi sendiri bagi ucapan ni kat tangan semalam. Terharu saya, terima kasih TokTi,” katanya.

Malah, Siti turut menitipkan pesanan kepada Khairul agar dia terus menjadi inspirasi kepada masyarakat.

“Buat KA, teruskan menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia,” tulis Siti pada album terbaharunya itu.

Artikel Berkaitan: “Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹

Trending Mon, 16 Jul 2018

Rebut Kereta Punya Pasal Punca Suami Naik Tangan?

Mangsa nekad tidak mahu mengalah dan terus masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan dengan niat untuk menghalang tindakan suspek.

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez. Alahai Si Bieber ni pun…

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gandingan yang padu😍 Galau habis!!

Hiburan Thu, 20 Dec 2018

‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Jangan lepaskan peluang korang untuk dapatkan tiket awal, lebih jimat tau!

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

《百爆秒剧》在马来西亚正式启航!60秒「剧」精彩

电影公司《百爆秒剧》马来西亚正式启航!9月正式开拍四部「秒剧」大片,势必改变观众观影的口味。

Hiburan Fri, 30 Dec 2022
error: Content is protected !!