Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 12, 2026 @ 4:30pm

Tiz Zaqyah Hilang Keterujaan Berlakon, Akui Dalam Fasa Burnout – “Terus Rasa Anxiety”

Pelakon, Tiz Zaqyah mendedahkan dirinya sudah lama hilang semangat untuk terus berlakon malah mengakui kini sering berdepan perasaan cemas setiap kali berada di set penggambaran.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, berkata keterujaan yang pernah dirasai terhadap dunia lakonan juga sudah semakin hilang.

“I don’t know what’s happening… saya dah tak rasa nak berada di set penggambaran lagi. Perasaan teruja itu dah lama hilang.

“Saya cuma rasa anxiety dan tak sabar nak balik rumah. Insya-Allah saya akan kembali semula nanti,” tulisnya.

Dalam pada itu, Tiz turut mengakui dia sebenarnya sudah lama kehilangan minat terhadap bidang lakonan namun memilih untuk terus bekerja demi kelangsungan hidup.

“I think I’ve lost passion in acting a while ago. So many things… it’s just me,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan balas, Tiz turut tidak menafikan dirinya kini berada dalam fasa burnout selepas terlalu lama memendam dan memaksa diri untuk terus bekerja.

“Sedih sebab saya sendiri tak sedar yang saya sebenarnya dah burnout, tapi masih teruskan juga.

“Saya tak mampu nak berhenti… saya pun perlu survive,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Aug 2021

Isu Pegawai Halang Rakam Video Di PPV, Ini Respons KJ Sebagai Menteri Kesihatan Baharu!

Isu melibatkan rakaman video di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sering menjadi perdebatan dalam kalangan ramai. Walaupun kerajaan membenarkan rakaman video ketika suntikan diberikan di PPV, namun terdapat banyak situasi berlaku di mana orang awam tidak […]

Trending Tue, 15 Jan 2019

Gambar Telur Ini Cipta Rekod Dunia

Cipta Rekod Dunia, Gambar Telur Ini Menjadi Gambar Paling Banyak Disukai Di Instagram

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Mon, 7 Jan 2019
Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Tue, 7 Mar 2023

“Sanggup Selam Dalam Tasik Demi Dekati Awak”- Ubah Gaya Rambut, Penampilan Amir Ahnaf Bikin Peminat Cair

Ramai kata tak dapat Nadhir Nasar ganti dengan Amir pun mereka okay!👀

Hiburan Fri, 12 Jul 2019

Ernie Berhasrat Membuat Rawatan Lasik

Semoga dipermudahkan rezeki Ernie

error: Content is protected !!