Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2026 @ 12:20pm

“Jangan Suruh Lock Date Kalau Bajet Tak Ada” – Sarimah Ibrahim Tegur Produser Beri Harapan Palsu, Pelakon Jadi Hilang Motivasi

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak produksi yang didakwa tidak profesional sehingga memberi tekanan emosi kepada pelakon.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Sarimah menegur tindakan sesetengah produser dan pengarah yang gemar memberi harapan palsu kepada pelakon meskipun mengetahui bajet produksi tidak mencukupi.

“Kalau dah tahu bajet tu tak mampu, saya sarankan tolong jangan jumpa pelakon-pelakon, ajak mesyuarat atau hantar mesej.

“Nak bergambar dengan kami lepas itu suruh ‘lock’ tarikh sampai kami terpaksa tolak tawaran kerja lain atas janji-janji itu.

“Sangat tidak profesional sebagai produser dan direktor,” katanya.

Dalam pada itu, Sarimah turut mendakwa situasi tersebut menjadi antara punca ramai pelakon semakin hilang motivasi untuk terus aktif dalam industri seni.

Katanya, ada dalam kalangan artis dilabel sombong oleh segelintir pihak, sedangkan mereka sebenarnya berdepan tekanan dan kecewa dengan layanan diterima.

“Sebab inilah pelakon-pelakon kita ramai serik nak berlakon dan sudah tiada motivasi untuk teruskan.

“Ramai dilabel nampak ‘sombong’, sedangkan sebenarnya tertekan atau ‘down’ kecewa,” katanya lagi.

Meninjau ruangan komen, ramai rakan selebriti turut bersetuju dengan pandangan dilontarkan Sarimah malah mengakui isu sama menjadi antara faktor mereka semakin jarang menerima tawaran berlakon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 May 2019

Tak Sangka Terima Respon ‘Gempak’ Dari Peminat, Alif Satar Anggap Cabaran Menjadi!

Siapa sangka, daripada ajakan secara suka-suka, ia akhirnya menjadi kenyataan. Semuanya bagai tersusun dengan begitu cantik…

Events Thu, 23 May 2019

‘Check In Kampung’ With Media Prima And Samsung Galaxy Squad A

Guys, don’t forget to  spread good deeds in the holy month of Ramadhan with Samsung Squad A

Trending Sat, 5 Feb 2022

Tiket Mini Showcase Habis Dijual – Dolla Janji Beri Kejutan, Tingkat Mutu Vokal

Kumpulan Dolla bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai Dolla Mini Showcase. Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di Nero Event Space, PJPAC, […]

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

Events Wed, 31 Jul 2019

‘Jalan-Jalan Makan Angin’ Brings Hokkaido to Malaysia’s Screens

A tri-party co-production between Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios and Kantana Japan brings Malaysian audience a 4-episodes series of ‘Jalan-Jalan Makan Angin’ (JJMA) in Hokkaido! JJMA is a travelogue programme where the […]

error: Content is protected !!