Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin May 13, 2026 @ 4:45pm

MCC Menerusi The Textile Project Hidupkan Semula Warisan Songket & Kelingkan Malaysia

Malaysian Craft Council (MCC) berjaya menganjurkan The Textile Project Soirée, sebuah acara budaya berprestij yang menjadi kemuncak kepada The Textile Project, iaitu inisiatif memelihara dan menghidupkan semula warisan tekstil tradisional Malaysia seperti tenunan Songket Kelantan dan sulaman Kelingkan.

Dilancarkan pada 2024, program tersebut diwujudkan sebagai usaha menyelamatkan seni tekstil tradisional yang sebelum ini berada pada tahap kritikal apabila setiap disiplin hanya mempunyai seorang penggiat aktif.

Menerusi pendekatan latihan master-apprentice yang tersusun, MCC berjaya melahirkan generasi baharu artisan bagi memastikan kesinambungan warisan tersebut terus terpelihara.

Screenshot

Sehingga kini, seramai 20 penenun Songket dan 20 penyulam Kelingkan berjaya dilatih menerusi program berkenaan. Selain itu, MCC turut bekerjasama dengan Penjara Pengkalan Chepa bagi membuka peluang latihan kepada 20 banduan dalam bidang tenunan Songket dan 20 lagi dalam sulaman Kelingkan.

Presiden Pengasas MCC, Nik Faiz Nik Amin berkata, The Textile Project bukan sekadar usaha memelihara warisan budaya, sebaliknya menjadi platform memperkasa komuniti menerusi peluang ekonomi dan pembangunan masa depan yang lebih mampan.

“Ramai artisan yang terlibat datang daripada golongan B40 dan ibu tunggal. Jadi program ini bukan hanya menjaga warisan, tetapi membantu mereka menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan dan peluang untuk kehidupan lebih baik,” katanya.

Screenshot

Menurutnya, idea program itu bermula sejak pandemik COVID-19 apabila MCC turun padang bertemu artisan di seluruh negara bagi memahami cabaran yang dihadapi mereka selain menawarkan bantuan secara langsung.

Katanya lagi, MCC mahu memastikan warisan tradisional terus hidup dalam komuniti dan tidak sekadar berhenti sebagai program latihan semata-mata.

“Kami mahu artisan berkembang menjadi usahawan dan pemain industri. Sebab itu kami bina ekosistem yang membolehkan hasil karya mereka terus mempunyai nilai dalam ekonomi kreatif,” katanya.

Menerusi cabang perniagaan MCC iaitu Ruzzgahara, artisan diberikan peluang memasarkan hasil karya mereka secara lebih meluas sekali gus membantu memperkukuhkan nilai komersial produk tekstil tradisional tempatan.

Sebagai langkah seterusnya, MCC bakal menubuhkan The Textile Lab di Kota Bharu dengan sokongan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKEKWA).

Pusat tersebut akan menjadi hab tetap bagi pengeluaran, latihan, inovasi dan pembangunan perusahaan untuk memastikan kelestarian industri tekstil tradisional dalam jangka panjang.

Screenshot

MCC turut memperluaskan usaha menerusi Projek Songket Gua Musang yang membuka peluang kepada komuniti luar bandar dan melahirkan lebih ramai bakat artisan baharu.

The Textile Project Soirée turut menghimpunkan patron budaya, pemimpin industri, diplomat dan komuniti antarabangsa menerusi pameran berkurasi, demonstrasi langsung dan persembahan tekstil eksklusif.

Majlis itu diserikan dengan keberangkatan YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan selain kehadiran Duta Jepun ke Malaysia, Duta Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan lain.

MCC turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Hasanah, UKEKWA, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua rakan strategik yang menjayakan inisiatif berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Nik Faiz berkata MCC kini melangkah ke peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai ahli Badan Penilai UNESCO bagi tempoh 2026 hingga 2029 selain diiktiraf sebagai NGO bertauliah UNESCO sejak 2024.

“Pengiktirafan ini menjadi simbol perjalanan MCC daripada sebuah gerakan akar umbi kepada organisasi yang kini memainkan peranan di peringkat global dalam usaha memelihara Warisan Kebudayaan Tidak Ketara,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Thu, 2 May 2019

单身一族看过来!来测测你的桃花往哪开

有时面对街上的情侣,总觉得单身是件可怕的事情;如果各位也单身许久,想赶快过上两人世界……

LIFESTYLE Thu, 9 Jan 2020

Teknik Hilang Sakit Kepala Tanpa Ubat Dalam Masa 5 Minit

Pengalaman sakit kepala bukanlah merupakan sebuah pengalaman yang seronok. Lebih-lebih lagi sekiranya ia terjadi sewaktu ada berada jauh daripada akses kepada ubat-ubatan seperti Panadol dan Paracetemol untuk melegakan kesakitan tersebut. Namun, ramai yang tidak tahu […]

LIFESTYLE Wed, 24 Apr 2019

Experience Art & Cultures by Katja Loher During Your Stay at The House Collective

It’s a special type of experience indulging in art and fine hotels.

LIFESTYLE Thu, 25 Apr 2019

交友软体会有好桃花吗?

这年头在网路上认识对象再正常不过了,尤其是忙碌的上班族,除了同事之外,还真难认识对象!

LIFESTYLE Thu, 16 Nov 2017

Malaysia Tersenarai Dalam 20 Buah Negara ‘Paling Malas’ Di Dunia

Malaysia Tersenarai Dalam 20 Buah Negara ‘Paling Malas’ Di Dunia Kerana Makan

LIFESTYLE Thu, 24 Oct 2019

这五个时间性爱很伤身!第五项好意外

做任何事都要挑对时间,性爱也是如此!

LIFESTYLE Mon, 4 Dec 2017

Tiga Benda Comel Ini Sebenarnya Bahaya Kepada Bayi,

Tidak semua barangan bayi yang comel sebenarnya sesuai kerana ada yang membahaya tanpa disedari

LIFESTYLE Sun, 26 May 2019

Sakit Kepala Antara Tanda Awal Strok

Jangan memandang ringan tentang ini dan menganggap sakit kepala adalah perkara biasa.

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

LIFESTYLE Sat, 4 Aug 2018

4 Tips Merawat Rambut Bercabang

Tidak tahu bagaimana untuk merawat rambut bercabang apa kata jom baca tips ini

error: Content is protected !!