Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2026 @ 3:36pm

Filem Polong Jadi Detik Bermakna Buat Mimi Lana, Teruja Dapat Bergandingan Dengan Nadiya Nisaa – “Saya Adore Sangat Dengan Dia”

Pelakon, Mimi Lana mengakui teruja apabila berpeluang bergandingan dengan aktres senior yang cukup dikaguminya iaitu Nadiya Nisaa menerusi filem seram terbaharu, Polong.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin mengakui dia sudah lama meminati lakonan Nadiya sehingga pernah menangis ketika menonton drama lakonan aktres itu suatu ketika dahulu.

“Sebenarnya saya adore sangat dengan dia ni. Waktu saya kecil dia selalu buat saya menangis depan televisyen. Sekarang mungkin dia lebih selektif pilih projek.

“Waktu jumpa dia depan-depan saya nervous sangat sampai tak tahu nak cakap apa. Hidung kembang kempis.

“Finally dapat share one screen dengan dia dalam filem Polong! I’m so excited!” katanya.

Filem arahan Zulkarnain Azhar itu diterbitkan oleh Golden Star Pictures dengan sokongan pengedaran daripada 10 Star Cinemas serta kerjasama pemasaran bersama Primeworks Studios.

Selain Mimi dan Nadiya, filem berkenaan turut dibintangi Fad Anuar, Jun Lojong dan Namron.

Polong dijadual menghantui pawagam seluruh negara bermula 28 Mei ini.

Artikel Berkaitan: Dapat Sentuhan Pengarah Zulkarnain Azhar… Filem ‘Polong’ Bakal Jalani Penggambaran, Tampilkan Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Jun 2020

Semua UTC Di Seluruh Negeri Dibuka 15 Jun Ini

Buat korang yang nak renew IC ataupun buat passport tu, take note!

Featured Tue, 22 Mar 2022

“Ingat Sisi Baik Dia, Saya Tak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam Bertubi-Tubi” – Iqbal Zulkefli

Panjang hujah Iqbal mengenai kontroversi yang melanda pelakon Zul Ariffin..fuh sangat mendalam gais! 🤭

Featured Sat, 27 Apr 2024
Hiburan Sat, 11 Apr 2026
Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Trending Wed, 4 Jul 2018

‘Fikirkan Pengorbanan Ayah Saya…’ – Anak Perempuan Najib Razak

Yana Najib anak kepada bekas perdana menteri Malaysia telah memuatnaik pandangannya mengenai Najib Razak, menyeru rakyat Malaysia untuk mengenang jasanya……

Featured Fri, 27 Apr 2018

Apa Kata Selebriti? Kenapa Wanita Perlu Mengundi

Ikuti pandangan dan harapan para selebriti tentang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Asyik Tertukar Aliff, Isteri Alif Satar Pula Kritik Netizen?

Yassss! benda lama bila dah tegur takkan nak buat lagi kot

error: Content is protected !!