Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2026 @ 9:00am

Penangan Hafidz Roshdi? ‘Cinta Kedua’ Meledak Dengan Lonjakan Penstriman Lebih 40%, Saksikan Di Tonton Sekarang!

Drama bersiri Cinta Kedua yang bersiaran di Tonton terus mencetus fenomena apabila mencatat peningkatan lebih 40 peratus dari segi jumlah penstriman selain lonjakan lebih 50 peratus untuk masa tontonan pada minggu kedua tayangan berbanding minggu pertama.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan Cinta Kedua dalam kelompok tiga drama paling tinggi distrim di platform Tonton sejak mula menemui penonton pada 20 April lalu. Malah, momentum tontonan drama tersebut dilihat terus meningkat dari minggu ke minggu.

Menampilkan gabungan pelakon seperti Hafidz Roshdi, Raden Zaharatul dan Syarul Ezani, drama 28 episod itu membawa penonton menyelami kisah penuh emosi melibatkan Bella Ammara dan Daniel Rizki yang sarat dengan konflik cinta serta rahsia keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Watak Ammara yang dibawakan Raden Zaharatul digambarkan sebagai wanita yang cuba bangkit membina kehidupan baharu selepas melalui episod perceraian talak tiga. Dalam perjalanan itu, Ammara kembali dipertemukan dengan Rizki lakonan Hafidz Roshdi, lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya pada saat yang tidak pernah dijangka.

Kini memasuki separuh kedua tayangan, jalan cerita Cinta Kedua semakin mencabar emosi penonton dengan pelbagai konflik yang sukar diramal. Selepas dipertemukan semula oleh takdir, persoalan mula timbul sama ada Ammara mampu membuka kembali pintu hatinya buat Rizki atau rahsia lama yang masih tersimpan bakal menghancurkan segalanya sebelum cinta mereka kembali bersatu.

Seperti luka lama yang masih belum sembuh sepenuhnya, hubungan Ammara dan Rizki juga dilihat masih jauh daripada noktah penamat. Penonton boleh menyaksikan kesinambungan kisah mereka secara eksklusif di Tonton setiap Isnin hingga Jumaat, jam 12 tengah malam.

Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut, ikuti platform media sosial rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi akaun @tontonmy.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Jan 2023

“Package Warga Emas Ke Ni?” – Gelagat Roy Azman, Jalaluddin Hassan & Ramli MS Bercuti Di Jepun Buat Warganet Terhibur

Tular satu perkongsian di TikTok, memaparkan Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan dan Datuk Ramli MS bercuti bersama di Jepun. @thisisroyazmanGhisauuuu gak tok jalal nih 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣♬ original sound – Roy Azman Menerusi muat naik yang dibuat […]

Featured Wed, 7 Dec 2022

Zaquan Adha Bagi Hint Ayu Raudhah Hamil Anak Keenam?

Wah betul ke ni? Tahniah! Lepas ni dah cukup nak buat team bola sepak

Hiburan Sat, 15 Nov 2025
Hiburan Sat, 19 Oct 2024
Hiburan Tue, 5 Mar 2019

Adik ‘Langkah Bendul’, Uqasha Senrose Tak Ralat

mungkin sudah sampai jodohnya, saya ok sahaja.

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

#AnggunLife : Kenapa Ezzaty Abdullah Takut Hantar Anak Ke Pusat Pengasuh?

Siapa tak sayang anak sendiri kan? Pasti semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk si anak.

error: Content is protected !!