Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 19, 2024 @ 4:35pm

Tepis Kontroversi Demi Jaga Kesucian Nama Siti Khadijah – “Sebenarnya Berat, Tapi Saya Suka & Tak Pernah Malu…”

Pelakon, Siti Khadijah mengakui berat untuk membawa nama yang sama dengan isteri Rasulullah SAW.

Ketika ditemui XTRA, Siti meluahkan rasa risau apabila ada segelintir pihak yang mendakwa namanya yang murni itu tidak mencerminkan perwatakan persis isteri Baginda.

Justeru, aktres drama rantaian popular Wanita Syurga ini sedaya upaya cuba mengelak sebarang kontroversi bagi menjaga nama baiknya itu.

“Sebenarnya berat bagi saya untuk bawa nama itu. Saya suka nama ini dan saya tak pernah malu dengan nama saya. Malah, saya tak peduli apa orang nak kata dengan nama saya, nama kampung ke.

“Paling saya risau orang kata nama macam isteri Rasulullah tapi perangai macam ini. Itu yang saya cuba nak elakkan. Jadi, saya cuba jauhkan nama saya dari kontroversi, terpalit dengan apa-apa.

“Seboleh-boleh mungkin saya cuba elakkan terutamanya dengan menjaga makanan saya. Saya juga kena jaga perwatakan supaya, kena tenang sikit,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui di sidang media siri Viu Original From Saga With Love musim kedua yang sudah bersiaran pada 17 Oktober lalu.

Selain Siti, drama 10 episode itu turut menampilkan Ikmal Amry, Fimie Don, Sophia Albarakbah dan Hun Haqeem.

Artikel Berkaitan: Akui Pernah Dipulau Rakan Sekerja… Enggan Jadi Bahan Bualan Buruk, Siti Khadijah Selesa Berdiam Diri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 18 May 2018

Nazim Othman Dan Bella Dally Sah Cerai!

Apapun, diharap netizen tidak membuat sebarang spekulasi terhadap punca ataupun masalah yang membawa kepada keretakan rumahtangga mereka.

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Fri, 8 Mar 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2024
Hiburan Wed, 19 Dec 2018

Wow! Siti Nurhaliza Masuk Kelas Vokal Demi Konsert Jelajah

Katanya, konsert berskala besar ini tidak hanya fokus kepada dirinya sahaja tetapi…

Hiburan Thu, 21 Mar 2024
error: Content is protected !!