Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 18, 2026 @ 10:59am

Dari Pembantu Jurusolek Ke Pelakon, Imranul Effendy Bintangi Filem Arahan Pierre Andre – “Saya Minat Bidang Ini, Jadi Timba Pengalaman Sebagai Krew Terlebih Dahulu”

Pempengaruh media sosial Imranul Effendy kini melebarkan langkah dalam dunia seni lakonan apabila tampil menerusi filem pertamanya, Nar’sata Sekutu Setan arahan Pierre Andre.

Imranul yang memegang watak Ben mengakui peluang tersebut cukup bermakna buat dirinya memandangkan ia menjadi titik permulaan rasmi dalam karier lakonan.

Menurut Imranul, sebelum bergelar pelakon, dia sebenarnya terlebih dahulu bekerja di belakang tabir sebagai kru produksi termasuk menjadi pembantu jurusolek bagi solekan kesan khas.

“Saya memang minat dunia lakonan, tetapi pada masa sama saya rasa perlu belajar dan memahami industri ini terlebih dahulu. Jadi saya fikir, apa salahnya kalau saya mulakan dari belakang tabir.

“Sebab itu saya bermula sebagai krew dan pembantu makeup untuk solekan kesan khas. Saya nak tengok sendiri bagaimana proses pembikinan dijalankan,” katanya.

Tambah Imranul lagi, pengalaman bekerja di set penggambaran banyak membantunya memahami cara kerja pelakon selain memberi ruang untuk dia belajar secara langsung ketika berada di lokasi.

“Saya rasa saya tak tahu nak bermula dari mana ketika itu. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus jadi tenaga produksi dahulu. Dari situ saya dapat lihat pengalaman pelakon beraksi di depan kamera dan secara tidak langsung saya belajar sedikit demi sedikit tentang lakonan,” katanya.

Mengulas mengenai kemahiran dalam bidang solekan, Imranul mengakui dirinya bukanlah seorang jurusolek profesional, sebaliknya hanya bertindak sebagai pembantu ketika berada di set penggambaran.

“Saya bukan pandai makeup sangat pun. Saya cuma assist sahaja sebagai pembantu jurusolek kesan khas,” katanya sambil ketawa.

Berkongsi mengenai peluang berlakon dalam Nar’sata Sekutu Setan, Imranul menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi filem sulungnya itu.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur sebab ini filem pertama saya. Saya juga rasa bertuah dapat bekerja bawah arahan Pierre Andre,” katanya.

Dalam masa sama, Imranul berharap peluang tersebut menjadi pembuka jalan untuknya terus mengembangkan bakat dalam bidang lakonan.

“Saya harap selepas ini akan ada lebih banyak tawaran dan peluang untuk saya berkembang sebagai pelakon,” katanya.

Sebelum ini, nama Imranul mula menjadi perhatian ramai selepas muncul dalam muzik video Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno yang tular di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Featured Sun, 21 Nov 2021

Gara-gara Lupa Bawa Kunci Rumah, Lelaki Selamba Selit Celah Pagar

Pastinya pelbagai cerita yang ingin dikongsikan apabila mempunyai peluang bertemu rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Malah, ramai anak muda yang sanggup melepak berjam-jam untuk melepaskan rindu. Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok […]

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Kolaborasi RM Bersama Honne Buat Peminat BTS Teruja

Penulis lirik dan rapper terkenal yang berusia 24 tahun itu akan berkolaborasi dengan duo berkumpulan tersebut untuk single terbaru mereka.

Hiburan Fri, 25 May 2018

Alycia新歌《坏话》被电台禁播

入围「娱协30」新人推荐奖的Alycia相隔多一年终有新作,惟其中的《坏话》 却因歌词内容,遭到电台禁播。

Hiburan Thu, 5 Sep 2019

Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Selamat Pengantin Baharu, Kak Lina Pom Pom!

error: Content is protected !!